Sebenarnya artikel-artikel blog
ini dimaksudkan sebagai mukadimah juga sebagai media informasi kepada kursus
keilmuan yang dijalankan, saya amat menghindari membuat kenyataan tertentu
dengan menampilkan artikel-artikel kajian yang sangat jelas kepada umum.
Artikel-artikel yang bersifat khusus kajian sebenarnya hanya diberikan secara
private kepada setiap murid/siswa yang mengikuti kursus di Akademi Rahsia
Agung. Maka di atas sebab yang tidak dapat dielakkan itu, saya terpaksa menutup
kembali dari pandangan umum (hanya untuk murid/siswa sahaja) 7 artikel daripada
18 keseluruhan sejak Julai, 2013. Antaranya adalah 'Cara Mengenalpasti Sesuatu
Kebenaran', 'Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang?', 'Menyambung :
Istilah Terbuka Saluran Kepada Rahsia Pemikiran Serta Perasaan', 'Hujah Saya
Kepada : Perlu Singkirkan Apa...
Penyerlahan Rahsia Ulung Fikir Dan Rasa - Berita Terkini, Spiritual, Supranatural, Paranormal
Friday, 4 October 2013
Sunday, 15 September 2013
Nasihat Dan Peringatan Dari Kami Di Akademi Rahsia Agung
Agama itu juga adalah nasihat.
Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara-saudaranya
seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Kami di sini mungkin digelar
guru/perawat/tukang urut namun kami juga hamba Tuhan. Namun para murid dan pesakit
hendaklah mengikuti, mematuhi segala saranan oleh guru/perawat/tukang urut yang
berkaitan segala perkara mengenai keilmuan, solusi kepada penyakit atau masalah
yang dihadapi, asal sahaja tidak melanggar landas-landas agama yang meliputi
hal iman dan akal itu. Orang yang menolak bulat-bulat atau menerima bulat-bulat
susah berkembang, akan jadi stagnant, pasif, jumud dan fanatik. Manakala orang
yang meramukan antara kedua percaya dan fikir itu pasti berkembang hingga
sempurna.
Labels:
afala ta'qilun afala tu'minun,
akal,
an Nafs,
ar Ruh,
emas sepuluh,
fikir,
iman,
jati diri,
menyambung,
modal insan,
nafsu tercela,
nasihat,
neraka,
padi masak,
percaya,
peringatan,
rohaniah,
silaturahim,
syurga
Monday, 5 August 2013
Percaturan Seseorang Dalam Mengenal Watak Orang-orang Lain Menjurus Diri-diri Cemerlang
Alhamdulillah kini dipaparkan kembali...setelah diamati berkali-kali...bagi tujuan qalbi aqli...
Hal di atas timbul setelah saya
berbual dengan beberapa orang seterusnya mengamati mereka yang lain di dalam
pelbagai bidang, namun mereka juga ibu, bapa, abang, kakak, adik, kawan kepada
orang yang lain dalam kategori manusia sebagai kehidupan termasuk juga golongan
lain iaitu haiwan, tumbuhan, jin, malaikat. Sesuatu yang bukan kehidupan juga
boleh menjadi guru, ini termasuklah batu, bumi, cakerawala. Dark matter (bahan
gelap mewakili 90% alam) masih tidak diketahui oleh saintis sehingga
kategorinya mungkin terletak di antaranya. Mungkin dihurai lanjut dalam Teori
Darwin juga Teori Big Bang, pengamatan segelintir manusia dalam mengenal
alam...
Tuesday, 30 July 2013
Perlu Singkirkan Apa, Kenapa Dan Sebagainya, Layan Dan Ikut Sahaja
Antara sebahagian hujah yang dikemukakan oleh rakan-rakan yang mengatakan mereka benar pada dasar tersebut dan mahu membimbing orang yang mendengar :
1. Perlu disingkirkan persoalan. Iaitu 5W1H where, what, when, which, who and how atau di dalam Bahasa Malaysianya di mana, apa, bila, yang mana, siapa dan bagaimana. Contohnya apalah istimewanya aku yang banyak berbuat dosa, jahat ini sehingga menerima anugerah, dipilih…dan kenapa tidak dipilih orang lain sahaja…dalam maksud menerima ketuhanan iaitu hakikat dan makrifat. Sebabnya kerana ada tugas. Ikut sahaja apa yang Allah perbuat, layan sahaja kerana sudah ketentuan. Nanti takut kita menolak qada dan qadar Allah. Dalam surah at Talaq atau masyhur dinamakan Ayat Seribu Dinar ada memberitahu agar jangan mempertikaikan perancangan
Monday, 29 July 2013
Menuntut Ilmu Tanpa Yuran
Di pondok pengajian ilmu pada masa dahulu, murid berkhidmat kepada tuan guru pondok dengan menjaga ternakan, bercucuk tanam, bertukang, menangkap ikan, membersih kawasan dan sebagainya. Murid membuat sedemikian itu bagi menyatakan kesanggupan, persetujuan dalam menuntut ilmu dengan tuan guru. Istilah menuntut itu ada kerana ilmu itu dituntut. Murid menuntut ilmu untuk dibukakan akal dan hatinya mahu. Guru memberikan ilmu itu kerana ilmu itu layak untuk diberi.
Mahar juga sama maksudnya dengan yuran, caj, fee, pengeras dan sebagainya. Melihat situasi pembelajaran pondok pada zaman dahulu, istilah maharnya lebih kepada system pertukaran atau...
Labels:
caj,
guru,
keilmuan,
mahar,
matawang,
moden,
murid,
pengeras,
pensyarah,
perkhidmatan,
sistem barter,
siswa,
tradisional,
yuran
Saturday, 27 July 2013
Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang?
Alhamdulillah kini diperlihatkan kembali...setelah diperhatikan berkali-kali...bagi tujuan inspirasi kreativiti...
1. Mudah sahaja jika jawapan ringkasnya hanya Allah sahaja yang Maha Segala-galanya. Soalnya Allah itu…Apa Dia? Siapa Dia? Dia di mana? Apa Dia buat? Bila Dia buat? Bagaimana Dia buat? Jawab dahulu pertanyaan Allah seringkasnya di dalam al Quran yang berbunyi Afala Ta’qilun (Apakah Kamu Tidak Berfikir, Tidak Berakal ?) dan Afala Tu’minun (Apakah Kamu Tidak Percaya, Tidak Beriman?) itu jika kita hendak bertanya sesuatu. Periksa dahulu diri kita, apakah kita bertanya dengan an Nafs, apakah kita bertanya di dalam lautan emosi, apakah kita ...
Labels:
afala ta'kilun,
afala tu'minun,
hakikat,
makrifat,
tahap keilmuan
Ilmu Tafakur Agung
1. Ilmu ini sudah bertahap Grand Master, tahap ke 4 iaitu kemuncak di dalam Ilmu Rahsia Agung disamping mengolah Ilmu Tazakur Sejati di tahap ke 3. Untuk mengetahui siapa yang menentukan tahap yang masyur dinamakan seperti Grand Master itu maka bacalah juga seterusnya di 'Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang'.
2. Ilmu ini juga mengupas dari segi lain pula level 2 iaitu Ilmu Keturunan dalam bentuk yang lebih dikenali dengan akal (Ilmu Tafakur Agung) sehingga ianya melengkapi istilah keseimbangan dalam pemahaman kesaktian dan ketuhanan, huraian berpasangan juga. Dipendekkan cerita, tahap 4 adalah kemuncak, merangkumi sekenal-kenalnya dengan alam semesta, diri, antara keduanya dan...
Labels:
af'al,
al arif,
asma,
grand master,
ilmu rahsia agung,
ilmu tafakur agung,
kesatuan,
rahsia,
satu,
sifat,
simbol,
sunatullah,
syamsiatul anwar,
tanda-tanda,
ulil al bab
Ilmu Tazakur Sejati
1. Ilmu di tahap 3 ini adalah tanpa menggunakan jalur salasilah atau keturunan lagi. Juga di nama Ilmu Tahap Master yang juga adalah satu cabang di dalam Ilmu Rahsia Agung.
2. Di dalam Ilmu Rahsia Agung, pembukakan dengan jalur salasilah atau keturunan itu sebenarnya merujuk kepada tahap atau level 2 sahaja pada satu segi. Selanjutnya pada peringkat 3 sudah tidak digunapakai lagi kerana tahap ini sudah melewati apa sahaja makhluk yang mempunyai getaran yang bersifat panas mahupun dingin, yang gelap mahupun bercahaya dari bangsa jin mahupun malaikat.
3. Diperkukuhkan maksud...
.jpg)
Labels:
7 lapisan langit,
7 zikir agung,
hakikat,
ilmu rahsia agung,
ilmu tazakur sejati,
kun,
master,
zat
Friday, 26 July 2013
Ilmu Keturunan
1. Pada kebanyakan orang di
dunia ini, bakat atau potensi mereka wujud sejak mereka di dalam kandungan
lagi. Pada masa itu telah ditetapkan jodoh, mati, rezeki dan kesemuanya yang
merujuk kepada perjalanan mereka di dunia ini. Setiap orang pasti mempunyai
profesion masing-masing namun jika tidak serasi dengan bakat sejak asal, maka
akibatnya sesuatu yang dikerjakan itu tidak seratus peratus tumpuan beserta
minat, maka tentulah hasilnya tidak juga mantap. Di sini, cara kami adalah
untuk mengoptimumkan potensi-potensi mereka bermula dengan pekej mereka sejak
dahulu dan apa yang ada sekarang, lantas untuk dimanfaatkan ke hadapan.
2. Ini juga adalah ilmu
sejarah jalur salasilah atau keturunan yang mana seseorang itu akan lebih...
Wednesday, 10 July 2013
Sedikit Tentang Guru
Zaman kecil beliau memang penuh
ujian, cabaran dan himpitan. Apa tidaknya beliau selalu kalah dengan ahli
keluarga juga rakan-rakan sekolah yang lain dari segi akademik mahupun sukan. Pasti
jika tubuh berisi maka diejek dan diperendahkan. Ya ramai sekali melihat orang
dengan fizikalnya sahaja, itu telahan beliau dahulu. Tentu jika belajar tidak
pandai maka dianggap tidak mempunyai kekuatan akal dan tidak cerdas. Ya
bagaimana mahu belajar jika keadaan tidak memberangsangkan. Jiwa peka makanya
senang jadi sedih lalu menangis. Tidak begitu jelas jika terdapat keanehan pada
diri beliau namun beberapa yang bakal diterang di sini insyaAllah mengungkap
gambarannya. Namun sejak berusia beberapa tahun beliau sudah mulai bertanyakan di
mana dan siapa Tuhan.
Latarbelakang Keturunan Guru
Ayah kepada Guru Akademi Rahsia
Agung (GARA) adalah Haji Ibrahim, lahir sekitar 1913 di Temerloh, Pahang. Beliau
amat disegani ramai. Beliau rapat dengan Tan Sri Yahya yang sewaktu itu Menteri
Besar Pahang. Bergiat dalam balak, pertanian juga bisnes. Beliau amat
bermasyarakat bahkan hingga memimpin. Hj Ibrahim semasa hayatnya menguasai
sehingga 7 qiraat pembacaan Al Quran dan pernah menetap bertahun lamanya di Mekah.
Beliau menjadi ketua kampung di sini bersama abangnya yang membuka kampung lain
yang juga berdekatan ie kampung Bukit Tingkat. Sewaktu penjajahan Jepun dahulu,
beliau terlibat dalam Angkatan Pemuda Insaf (API) selaku Pegawai Pemerintah
Kanan berpusat di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Menentang Malayan Union. Bukan
kumpulan Bintang Tiga. Gerakannya hanya untuk membebaskan tanahair dari...
Labels:
ayah guru,
datuk guru,
keturunan guru,
latarbelakang
Kaedah Pembelajaran
1. Pembukaan ilmu jalur salasilah melalui ilmu keturunan membawa kepada amalan khusus yang serasi dengan setiap individu
2. Kaedah pembelajaran di adakan dalam suasana relax, memberangsangkan kerana didorong keinginan (Mahu) yang kuat di dalam hati hingga mencetus ilmu (Tahu). Memang oleh kerana dasar setiap orang tidak sama namun dengan izin Tuhan anda akan dapat mengenalpasti tahapan selaras dengan pembuktian itu.
3. Kupasan setiap individu termasuk hal-hal baik dan buruk yang sedang bersangkutan.
Ilmu Rahsia Agung
1. Cara mempraktikkannya mudah, dengan bersandar kepada teori yang terang, jelas dan lurus.
2. Tidak terikat masa, jarak, umur, kaum, agama, sesuai untuk semua lapisan, gaya hidup dan profesion.
3. Untuk semua jenis kegunaan, dengan izin Tuhan, membabitkan diri & orang lain terutama :
a) Rawatan masalah penyakit zahir dan batin
Tuesday, 9 July 2013
Akademi Rahsia Agung (The Great Secret Academy)
Ketemui Rahsia Ulung Fikir Dan Rasa (Discover The Ultimate Secret Of Think And Feel)
Dengan izin Tuhan, kami...
Bukan melatih ke arah kekerasan, kepanasan dan tersisih.
Bukan mendidik ke arah fanatik, taksub dan leka dalam kebodohan.
Bukan di asuh ke arah manusia robot, zombie dan binatang ternak.
Juga bukan mahu menuju orang sakti, dahsyat dan sebagainya, di dalam persepektif ini yang mungkin diistilahkan sebagai orang sombong, takabur, menolak, ingkar, penipu, khianat, melampaui batas dan lain-lain.
Semua kehebatan, keangkuhan, kebesaran itu tidak di cari, di fokus atau dijadi sebagai destinasi...melainkan apa yang terjadi...juga yang di cari...sebenar-benarnya adalah dengan pertolongan, redha dan izin Tuhan, yang tertakluk dalam Keilmuan, Pergerakan, Pendengaran, Penglihatan, Perkataan sesuai Kehendak dan KekuasaanNya semata-mata.
Makhluk yang bersifat hamba itu perlu menuju Tahu lalu mencetus Mahu kemudian berikhtiar meramu lantas Menterjemahkan dengan sepenuh berserah kepada Tuhan Yang Menciptakan...dan lain-lain.
Kami hanyalah mempunyai pengetahuan yang sedikit tapi dengan yang sekelumit itu kami mahu bersama-sama berjuang, membantu dan berkongsi dalam menyerlahkan, menerbitkan lalu mencorakkan setiap individu yang berpotensi ke arah masyarakat harmoni, penyayang, kreatif, inovatif, berkualiti dan lain-lain seterusnya negara yang maju, progresif, kaya, teratur, aman dan lain-lain.
Dengan izin Tuhan, kami...
Bukan melatih ke arah kekerasan, kepanasan dan tersisih.
Bukan mendidik ke arah fanatik, taksub dan leka dalam kebodohan.
Bukan di asuh ke arah manusia robot, zombie dan binatang ternak.
Juga bukan mahu menuju orang sakti, dahsyat dan sebagainya, di dalam persepektif ini yang mungkin diistilahkan sebagai orang sombong, takabur, menolak, ingkar, penipu, khianat, melampaui batas dan lain-lain.
Semua kehebatan, keangkuhan, kebesaran itu tidak di cari, di fokus atau dijadi sebagai destinasi...melainkan apa yang terjadi...juga yang di cari...sebenar-benarnya adalah dengan pertolongan, redha dan izin Tuhan, yang tertakluk dalam Keilmuan, Pergerakan, Pendengaran, Penglihatan, Perkataan sesuai Kehendak dan KekuasaanNya semata-mata.
Makhluk yang bersifat hamba itu perlu menuju Tahu lalu mencetus Mahu kemudian berikhtiar meramu lantas Menterjemahkan dengan sepenuh berserah kepada Tuhan Yang Menciptakan...dan lain-lain.
Kami hanyalah mempunyai pengetahuan yang sedikit tapi dengan yang sekelumit itu kami mahu bersama-sama berjuang, membantu dan berkongsi dalam menyerlahkan, menerbitkan lalu mencorakkan setiap individu yang berpotensi ke arah masyarakat harmoni, penyayang, kreatif, inovatif, berkualiti dan lain-lain seterusnya negara yang maju, progresif, kaya, teratur, aman dan lain-lain.
Labels:
akademi rahsia agung,
moto,
visi
Subscribe to:
Posts (Atom)