Zaman kecil beliau memang penuh
ujian, cabaran dan himpitan. Apa tidaknya beliau selalu kalah dengan ahli
keluarga juga rakan-rakan sekolah yang lain dari segi akademik mahupun sukan. Pasti
jika tubuh berisi maka diejek dan diperendahkan. Ya ramai sekali melihat orang
dengan fizikalnya sahaja, itu telahan beliau dahulu. Tentu jika belajar tidak
pandai maka dianggap tidak mempunyai kekuatan akal dan tidak cerdas. Ya
bagaimana mahu belajar jika keadaan tidak memberangsangkan. Jiwa peka makanya
senang jadi sedih lalu menangis. Tidak begitu jelas jika terdapat keanehan pada
diri beliau namun beberapa yang bakal diterang di sini insyaAllah mengungkap
gambarannya. Namun sejak berusia beberapa tahun beliau sudah mulai bertanyakan di
mana dan siapa Tuhan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda. Kami pasti akan menjawab tidak lama lagi.