Showing posts with label percaya. Show all posts
Showing posts with label percaya. Show all posts

Friday, 8 May 2015

Anda Sakit, Ada Kesulitan Dan Mahu Sembuh Serta Selesai Masalah?

Apa sahaja penyakit atau kesulitan anda, jika anda mahu sembuh dan bertemu penyelesaian maka kami sudi merawat hingga sembuh, membantu hingga selesai, namun pertanyaan mudah kami adalah…

 Anda Sakit Dan Ada Kesulitan?

Mahu tidak anda belajar beriman kepada Tuhan?

Bagi tujuan dunia akhirat…Mahu tidak anda belajar percaya? Mahu tidak anda menuntut ilmu bagi mengoptimakan diri? Mahu tidak anda anda bertandang sesuai adab berguru? Mahu tidak anda belajar menemukan sesuatu yang hebat? Mahu tidak anda belajar ikhlas, yakin, benar? Mahu tidak anda menemukan rahsia diri anda? Mahu tidak…?

Sunday, 15 September 2013

Nasihat Dan Peringatan Dari Kami Di Akademi Rahsia Agung

Agama itu juga adalah nasihat. Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara-saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Kami di sini mungkin digelar guru/perawat/tukang urut namun kami juga hamba Tuhan. Namun para murid dan pesakit hendaklah mengikuti, mematuhi segala saranan oleh guru/perawat/tukang urut yang berkaitan segala perkara mengenai keilmuan, solusi kepada penyakit atau masalah yang dihadapi, asal sahaja tidak melanggar landas-landas agama yang meliputi hal iman dan akal itu. Orang yang menolak bulat-bulat atau menerima bulat-bulat susah berkembang, akan jadi stagnant, pasif, jumud dan fanatik. Manakala orang yang meramukan antara kedua percaya dan fikir itu pasti berkembang hingga sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...