Agama itu juga adalah nasihat.
Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara-saudaranya
seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Kami di sini mungkin digelar
guru/perawat/tukang urut namun kami juga hamba Tuhan. Namun para murid dan pesakit
hendaklah mengikuti, mematuhi segala saranan oleh guru/perawat/tukang urut yang
berkaitan segala perkara mengenai keilmuan, solusi kepada penyakit atau masalah
yang dihadapi, asal sahaja tidak melanggar landas-landas agama yang meliputi
hal iman dan akal itu. Orang yang menolak bulat-bulat atau menerima bulat-bulat
susah berkembang, akan jadi stagnant, pasif, jumud dan fanatik. Manakala orang
yang meramukan antara kedua percaya dan fikir itu pasti berkembang hingga
sempurna.
Penyerlahan Rahsia Ulung Fikir Dan Rasa - Berita Terkini, Spiritual, Supranatural, Paranormal
Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts
Sunday, 15 September 2013
Tuesday, 30 July 2013
Perlu Singkirkan Apa, Kenapa Dan Sebagainya, Layan Dan Ikut Sahaja
Antara sebahagian hujah yang dikemukakan oleh rakan-rakan yang mengatakan mereka benar pada dasar tersebut dan mahu membimbing orang yang mendengar :
1. Perlu disingkirkan persoalan. Iaitu 5W1H where, what, when, which, who and how atau di dalam Bahasa Malaysianya di mana, apa, bila, yang mana, siapa dan bagaimana. Contohnya apalah istimewanya aku yang banyak berbuat dosa, jahat ini sehingga menerima anugerah, dipilih…dan kenapa tidak dipilih orang lain sahaja…dalam maksud menerima ketuhanan iaitu hakikat dan makrifat. Sebabnya kerana ada tugas. Ikut sahaja apa yang Allah perbuat, layan sahaja kerana sudah ketentuan. Nanti takut kita menolak qada dan qadar Allah. Dalam surah at Talaq atau masyhur dinamakan Ayat Seribu Dinar ada memberitahu agar jangan mempertikaikan perancangan
Subscribe to:
Posts (Atom)