Zaman kecil beliau memang penuh
ujian, cabaran dan himpitan. Apa tidaknya beliau selalu kalah dengan ahli
keluarga juga rakan-rakan sekolah yang lain dari segi akademik mahupun sukan. Pasti
jika tubuh berisi maka diejek dan diperendahkan. Ya ramai sekali melihat orang
dengan fizikalnya sahaja, itu telahan beliau dahulu. Tentu jika belajar tidak
pandai maka dianggap tidak mempunyai kekuatan akal dan tidak cerdas. Ya
bagaimana mahu belajar jika keadaan tidak memberangsangkan. Jiwa peka makanya
senang jadi sedih lalu menangis. Tidak begitu jelas jika terdapat keanehan pada
diri beliau namun beberapa yang bakal diterang di sini insyaAllah mengungkap
gambarannya. Namun sejak berusia beberapa tahun beliau sudah mulai bertanyakan di
mana dan siapa Tuhan.
Penyerlahan Rahsia Ulung Fikir Dan Rasa - Berita Terkini, Spiritual, Supranatural, Paranormal
Showing posts with label latarbelakang. Show all posts
Showing posts with label latarbelakang. Show all posts
Wednesday, 10 July 2013
Latarbelakang Keturunan Guru
Ayah kepada Guru Akademi Rahsia
Agung (GARA) adalah Haji Ibrahim, lahir sekitar 1913 di Temerloh, Pahang. Beliau
amat disegani ramai. Beliau rapat dengan Tan Sri Yahya yang sewaktu itu Menteri
Besar Pahang. Bergiat dalam balak, pertanian juga bisnes. Beliau amat
bermasyarakat bahkan hingga memimpin. Hj Ibrahim semasa hayatnya menguasai
sehingga 7 qiraat pembacaan Al Quran dan pernah menetap bertahun lamanya di Mekah.
Beliau menjadi ketua kampung di sini bersama abangnya yang membuka kampung lain
yang juga berdekatan ie kampung Bukit Tingkat. Sewaktu penjajahan Jepun dahulu,
beliau terlibat dalam Angkatan Pemuda Insaf (API) selaku Pegawai Pemerintah
Kanan berpusat di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Menentang Malayan Union. Bukan
kumpulan Bintang Tiga. Gerakannya hanya untuk membebaskan tanahair dari...
Labels:
ayah guru,
datuk guru,
keturunan guru,
latarbelakang
Subscribe to:
Posts (Atom)

