Sunday, 15 September 2013

Nasihat Dan Peringatan Dari Kami Di Akademi Rahsia Agung

Agama itu juga adalah nasihat. Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudara-saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Kami di sini mungkin digelar guru/perawat/tukang urut namun kami juga hamba Tuhan. Namun para murid dan pesakit hendaklah mengikuti, mematuhi segala saranan oleh guru/perawat/tukang urut yang berkaitan segala perkara mengenai keilmuan, solusi kepada penyakit atau masalah yang dihadapi, asal sahaja tidak melanggar landas-landas agama yang meliputi hal iman dan akal itu. Orang yang menolak bulat-bulat atau menerima bulat-bulat susah berkembang, akan jadi stagnant, pasif, jumud dan fanatik. Manakala orang yang meramukan antara kedua percaya dan fikir itu pasti berkembang hingga sempurna.

Monday, 5 August 2013

Percaturan Seseorang Dalam Mengenal Watak Orang-orang Lain Menjurus Diri-diri Cemerlang

Alhamdulillah kini dipaparkan kembali...setelah diamati berkali-kali...bagi tujuan qalbi aqli...

Hal di atas timbul setelah saya berbual dengan beberapa orang seterusnya mengamati mereka yang lain di dalam pelbagai bidang, namun mereka juga ibu, bapa, abang, kakak, adik, kawan kepada orang yang lain dalam kategori manusia sebagai kehidupan termasuk juga golongan lain iaitu haiwan, tumbuhan, jin, malaikat. Sesuatu yang bukan kehidupan juga boleh menjadi guru, ini termasuklah batu, bumi, cakerawala. Dark matter (bahan gelap mewakili 90% alam) masih tidak diketahui oleh saintis sehingga kategorinya mungkin terletak di antaranya. Mungkin dihurai lanjut dalam Teori Darwin juga Teori Big Bang, pengamatan segelintir manusia dalam mengenal alam...

Tuesday, 30 July 2013

Perlu Singkirkan Apa, Kenapa Dan Sebagainya, Layan Dan Ikut Sahaja

Antara sebahagian hujah yang dikemukakan oleh rakan-rakan yang mengatakan mereka benar pada dasar tersebut dan mahu membimbing orang yang mendengar :

1. Perlu disingkirkan persoalan. Iaitu 5W1H where, what, when, which, who and how atau di dalam Bahasa Malaysianya di mana, apa, bila, yang mana, siapa dan bagaimana. Contohnya apalah istimewanya aku yang banyak berbuat dosa, jahat ini sehingga menerima anugerah, dipilih…dan kenapa tidak dipilih orang lain sahaja…dalam maksud menerima ketuhanan iaitu hakikat dan makrifat. Sebabnya kerana ada tugas. Ikut sahaja apa yang Allah perbuat, layan sahaja kerana sudah ketentuan. Nanti takut kita menolak qada dan qadar Allah. Dalam surah at Talaq atau masyhur dinamakan Ayat Seribu Dinar ada memberitahu agar jangan mempertikaikan perancangan

Monday, 29 July 2013

Menuntut Ilmu Tanpa Yuran

Di pondok pengajian ilmu pada masa dahulu, murid berkhidmat kepada tuan guru pondok dengan menjaga ternakan, bercucuk tanam, bertukang, menangkap ikan, membersih kawasan dan sebagainya. Murid membuat sedemikian itu bagi menyatakan kesanggupan, persetujuan dalam menuntut ilmu dengan tuan guru. Istilah menuntut itu ada kerana ilmu itu dituntut. Murid menuntut ilmu untuk dibukakan akal dan hatinya mahu. Guru memberikan ilmu itu kerana ilmu itu layak untuk diberi.

Mahar juga sama maksudnya dengan yuran, caj, fee, pengeras dan sebagainya. Melihat situasi pembelajaran pondok pada zaman dahulu, istilah maharnya lebih kepada system pertukaran atau...

Saturday, 27 July 2013

Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang?

Alhamdulillah kini diperlihatkan kembali...setelah diperhatikan berkali-kali...bagi tujuan inspirasi kreativiti...

1. Mudah sahaja jika jawapan ringkasnya hanya Allah sahaja yang Maha Segala-galanya. Soalnya Allah itu…Apa Dia? Siapa Dia? Dia di mana? Apa Dia buat? Bila Dia buat? Bagaimana Dia buat? Jawab dahulu pertanyaan Allah seringkasnya di dalam al Quran yang berbunyi Afala Ta’qilun (Apakah Kamu Tidak Berfikir, Tidak Berakal ?) dan Afala Tu’minun (Apakah Kamu Tidak Percaya, Tidak Beriman?) itu jika kita hendak bertanya sesuatu. Periksa dahulu diri kita, apakah kita bertanya dengan an Nafs, apakah kita bertanya di dalam lautan emosi, apakah kita ...

Ilmu Tafakur Agung

1. Ilmu ini sudah bertahap Grand Master, tahap ke 4 iaitu kemuncak di dalam Ilmu Rahsia Agung disamping mengolah Ilmu Tazakur Sejati di tahap ke 3. Untuk mengetahui siapa yang menentukan tahap yang masyur dinamakan seperti Grand Master itu maka bacalah juga seterusnya di 'Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang'.

2. Ilmu ini juga mengupas dari segi lain pula level 2 iaitu Ilmu Keturunan dalam bentuk yang lebih dikenali dengan akal (Ilmu Tafakur Agung) sehingga ianya melengkapi istilah keseimbangan dalam pemahaman kesaktian dan ketuhanan, huraian berpasangan juga. Dipendekkan cerita, tahap 4 adalah kemuncak, merangkumi sekenal-kenalnya dengan alam semesta, diri, antara keduanya dan...

Kembara Alam Semesta

Ilmu Tazakur Sejati

1. Ilmu di tahap 3 ini adalah tanpa menggunakan jalur salasilah atau keturunan lagi. Juga di nama Ilmu Tahap Master yang juga adalah satu cabang di dalam Ilmu Rahsia Agung.

2. Di dalam Ilmu Rahsia Agung, pembukakan dengan jalur salasilah atau keturunan itu sebenarnya merujuk kepada tahap atau level 2 sahaja pada satu segi. Selanjutnya pada peringkat 3 sudah tidak digunapakai lagi kerana tahap ini sudah melewati apa sahaja makhluk yang mempunyai getaran yang bersifat panas mahupun dingin, yang gelap mahupun bercahaya dari bangsa jin mahupun malaikat.

3. Diperkukuhkan maksud...

Kaku Seperti Batu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...