Tuesday 9 July 2013

Akademi Rahsia Agung (The Great Secret Academy)

Ketemui Rahsia Ulung Fikir Dan Rasa (Discover The Ultimate Secret Of Think And Feel)

Dengan izin Tuhan, kami...

Bukan melatih ke arah kekerasan, kepanasan dan tersisih.

Bukan mendidik ke arah fanatik, taksub dan leka dalam kebodohan.

Bukan di asuh ke arah manusia robot, zombie dan binatang ternak.

Juga bukan mahu menuju orang sakti, dahsyat dan sebagainya, di dalam persepektif ini yang mungkin diistilahkan sebagai orang sombong, takabur, menolak, ingkar, penipu, khianat, melampaui batas dan lain-lain.

Semua kehebatan, keangkuhan, kebesaran itu tidak di cari, di fokus atau dijadi sebagai destinasi...melainkan apa yang terjadi...juga yang di cari...sebenar-benarnya adalah dengan pertolongan, redha dan izin Tuhan, yang tertakluk dalam Keilmuan, Pergerakan, Pendengaran, Penglihatan, Perkataan sesuai Kehendak dan KekuasaanNya semata-mata.

Makhluk yang bersifat hamba itu perlu menuju Tahu lalu mencetus Mahu kemudian berikhtiar meramu lantas Menterjemahkan dengan sepenuh berserah kepada Tuhan Yang Menciptakan...dan lain-lain.

Kami hanyalah mempunyai pengetahuan yang sedikit tapi dengan yang sekelumit itu kami mahu bersama-sama berjuang, membantu dan berkongsi dalam menyerlahkan, menerbitkan lalu mencorakkan setiap individu yang berpotensi ke arah masyarakat harmoni, penyayang, kreatif, inovatif, berkualiti dan lain-lain seterusnya negara yang maju, progresif, kaya, teratur, aman dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda. Kami pasti akan menjawab tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...