Spiritual

Pancarkan Bakat Anda Untuk Di Manfaatkan

Matahari memancarkan sinarnya. Memancar berasal dari kata dasar pancar. Juga bererti mengeluarkan, menerbitkan, menyerlahkan. Dari dalam. Dahulu saya tidak faham apa. Kemudian ada yang nyata dan samar-samar. Sekarang insyaAllah telah jelas. Saya masih teringat kata-kata beberapa ahli yang mempraktik baik secara tradisional dan moden di saat membuka lembaran lain tentang memancar. Kata mereka jika dibaca bahkan disebut apapun namun jika tak keluar walau dari tapak tangan, maka belum. Dan sebab itu senang sakit, senang tergugat, mudah terancam, dalam kesempitan hidup, keliru buntu berkecamuk, sering berkelahi berdendam, dalam kebingungan, dihimpit kegelapan, belum puas mencari sempurna kerana masih banyak bersifat rahsia dllnya.

Orang jika belajar pun masih tembus, apatah lagi umumnya orang yang belum belajar. Tembus atau bocor itu luas maknanya. Cuba sebut satu perkataan dan perhatikan ada tak yang keluar terpancar dari seminimanya tapak tangan. Ada orang dapat lihat. Ada orang dapat rasa. Ada orang memikir tak habis punca. Macam-macam. Jika dapat membuktikan sedikit penjelasan ini, maka kita tidak lagi dengan ilmu yakin sahaja, dan sedang melewati tahap-tahap peningkatan lainnya. Selamat mencuba dan serlahkan bakat terpendam.

Pancarkan Bakat Anda

Inilah sebenarnya salah satu asas yang ada pada setiap diri manusia, yang boleh sahaja diperkembang, boleh dilatih dgn cara mudah, terang dan jelas, insyaAllah juga di Akademi Rahsia Agung. Di luar sana memang banyak sekali tempat belajar yang bagus-bagus. Kerana manfaat perdalaman itu luas sekali. Mencakupi bukan sahaja ilmu dan pembuktian dalam bidang kesihatan (rawatan alternatif), bahkan keselamatan (selamat), kerezekian, kesenian, kehidupan bersosial, kerohanian (spiritual) dllnya merujuk kepada kualiti juga potensi diri. Istilah sihat fizikal, emosi, mental menjurus diri cemerlang. Dalam diri ada satu kemampuan yang hebat diciptakan Allah yang maha Kuat, untuk manfaat diri juga semua. Marilah membuktikannya bsama2, walau apapun profesion kita, walau muda tua, walau lelaki perempuan, walau bangsa apapun, walau... Dalam perdalaman ilmu, ini adalah juga salah satu jalan dalam mengenal diri agar mengenal Tuhan...Allahu akbar.

Bakat itu dari jiwa. Sdgkan jiwa itu sesuatu yang hidup. Boleh ke arah baik juga jahat. Mahu jadi ahli neraka atau mahu jadi ahli syurga? Anda sahaja membuat pilihan. Boleh paranormal, boleh supernatural. Ilmu itu tidak susah, mudah. Kita sahaja yang menyusahkan diri sendiri. Terbitkan aura diri anda. Ada mengatakan harus menuntut dengan guru maka baru boleh mempraktik dengan pembuktian lalu menjalankan bakat yang sepertinya diasuh. Ada mengatakan walau tak menuntut secara formal namun jika nyata kemahuan ada maka terserlah kemampuannya, lalu terlihat bakatnya. Hanya melalui pengalaman walau tanpa pendidikan formal. Ada mengatakan jika seseorang itu mempunyai bakat itu ini maka patutlah boleh kerana sejak awal pakej dasarnya sudah ada. Ada juga kurang dasar bakat dan tidak pula menulusuri jalan mendapatkan bakat. Rugi sekali. Dalam apa kes pun, paling rugi mungkin jika tidak menemukan Tujuan bakat. Kerana leka dengan bakat itu sendiri. Hanyut. Apatah lagi jika tidak menemukan bakat. Tingkatan terendah. Pernahkah bertanya kepada diri sendiri...anda dimana dan bagaimana pula?

Islam mengajarkan kita untuk belajar..baik berbakat ataupun tidak. Setidaknya kenali dirimu supaya tahu yang mana lebih baik kamu pelajari untuk urusan duniamu. Tuntutlah ilmu sampai liang lahad. Begitu tingginya martabat ilmu. Kita harus mengguna akal seboleh mungkin. Malu bertanya maka sesat jalan.

Saya mempunyai sedikit pengalaman. Dulu saya mula merawat orang dan serba sedikit itu ini sebelum berkahwin lagi. Ya mungkin pelbagai kes, tapi yang biasa-biasa sahaja. Ada penyakit berat namun sembuh, wah. Namun ada penyakit ringan tak sembuh, aiseh. Saya hairan sekali. Di mana silapnya? Saya sekarang ini insyaAllah tidak sama dengan saya 10 tahun lepas. Jika dahulu saya berpandangan agak konservatif atau agak tertutup, begitu begini dalam serba serbi, namun setelah itu ini, maka sekarang saya temukan yang Jelas, menurut kajian.

Ingin saya kongsikan satu kisah, spesifiknya hal rawatan alternatif. Kenapa hal rawatan? Apakah bakat dalam bidang rawatan sahaja? Apa perlu jadi perawat? Anak sulung saya pernah terkena jangkitan paru-paru hingga dirujuk kepada 4 buah hospital dan 1 perawat tersohor kanak-kanal di suatu tempat di Malaysia. Dulu orang kata kenapa tak rawat sendiri? Saya lagi tidak berapa yakin akan keupayaan sendiri merujuk hal-hal tertentu, hingga itu telah menyekat menghalang menghambat diri saya lalu timbul konflik dalaman. Ya itulah ujian ilmu yang saya dapat. Jika rawat org lain ok. Namun bila terkena kepada diri sendiri maka gagal. Dugaan hebat sekali bagi saya.

Menjelang umur saya 40 baru-baru ini, dengan perenungan Dalam, saya telah aplikasikan semula cara rawatan dan itu ini yang telah dioptimakan, menurut pengalaman nyata dan ghaib sendiri, walau kelihatan teramat mudah, dan sebenarnya mudah jika kena caraNya, dan telah dan sedang saya buktikan kepada ramai. Bermula dengan keluarga, lalu rakan-rakan dan setelah melepasi standard yang saya targetkan, sekarang saya mahu lagi meluas. Ya dulu saya lari dari masyarakat. Sekarang saya semakin terbuka. Ada agenda. Kerana saya tidak mahu orang lain keliru, hairan, goyah, takut seperti saya dahulu. Saya sedang mahu buktikan, sampaikan kpd umum, melalui cara saya, dengan apa yang sedikit yang telah saya kecapi ini. Maka terhasil silabus pembelajaran ilmu di Akademi Rahsia Agung. Juga padi masak emas sepuluh. Saya yakin, Allah itu maha Pengasih dan Penyayang. Dan Allah maha Pemberi Petunjuk, Rezeki dll kepada mana-mana hamba yang diCintaiNya.


Jadi, persoalan saya, mahu tidak anda meneroka potensi diri anda semaksimalnya semampunya?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda. Kami pasti akan menjawab tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...