Paranormal

Bedah Batin

Sejak dahulukala hingga sekarang, terdapat ilmu bersifat 'special' yang dikuasai orang-orang tertentu bagi tujuan rawatan penyakit.


Dimaksudkan bedah batin adalah proses operasi tubuh pesakit secara langsung, walau tak kelihatan pada mata umum. Ada yang mengguna pisau sebagai alat bantu bedah. Dan ada yang hanya mengguna tangan kosong. Dipercayai kesan langsung pada tubuh pesakit samada membuang masalah saraf (kebas, tiada kekuatan bergerak, sakit menyucuk, sukar bernafas, masalah penghadaman, masalah penglihatan, pendengaran, rasa kemurungan, tidak bersemangat dan letih dll kerana fungsi elemen fizikal dan psychological telah terjejas), masalah otot sendi dan tulang (seperti slipped disc dll), makhluk halus dan lain-lainnya yang memberi impak negatif terhadap pesakit. Jika tidak ada kesan positifnya maka dianggap berbohong.

Caranya mungkin terlihat agak aneh pada umum tapi memberi manfaat kepada pesakit. Ada mengiranya sebagai ilmu sakti namun sesetengah mengiranya sebagai ilmu hikmah. Bergantung kepada pembawakan perawat tersebut. Bergantung kpd umun yang kebanyakan terbatas ilmunya.


Yang penting semuanya kerana Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha berIlmu dan berKuasa. Namun beberapa amat jarang mempertontonkannya kerana dibimbangi umum tersalah faham. Walaupun begitu ada juga memperlihatkannya bagi tujuan murni, ie bg manfaat untuk diri dan umum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda. Kami pasti akan menjawab tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...