Mudah

Kaedah Pembelajaran

1. Pembukaan ilmu jalur salasilah melalui ilmu keturunan membawa kepada amalan khusus yang serasi dengan setiap individu

2. Kaedah pembelajaran di adakan dalam suasana relax, memberangsangkan kerana didorong keinginan (Mahu) yang kuat di dalam hati hingga mencetus ilmu (Tahu). Memang oleh kerana dasar setiap orang tidak sama namun dengan izin Tuhan anda akan dapat mengenalpasti tahapan selaras dengan pembuktian itu.

3. Kupasan setiap individu termasuk hal-hal baik dan buruk yang sedang bersangkutan.

Berguru

4. Amalan, ritual yang sesuai bagi setiap individu.

5. Applikasi melewati solusi dan pembuktian dalam pelbagai perkara pada lingkungan diri setiap individu. Kerana bila dirangsang Mahu setelah dicetus Tahu, maka 5 pancaindera ini akan bersama-sama Menyelaras tindakan sesuai ditempatnya.

6. Perpanjangan kepada guru-guru yang ternyata pembuktiannya kepada dirinya dan orang lain berdasarkan praktikal, bukan sekadar teori semata-mata.



Pemberitahuan Penting

Sebenarnya artikel-artikel blog ini dimaksudkan sebagai mukadimah juga sebagai media informasi kepada kursus keilmuan yang dijalankan, saya amat menghindari membuat kenyataan tertentu dengan menampilkan artikel-artikel kajian yang sangat jelas kepada umum. Artikel-artikel yang bersifat khusus kajian sebenarnya hanya diberikan secara private kepada setiap murid/siswa yang mengikuti kursus di Akademi Rahsia Agung. Maka di atas sebab yang tidak dapat dielakkan itu, saya terpaksa menutup kembali dari pandangan umum (hanya untuk murid/siswa sahaja) 7 artikel daripada 18 keseluruhan sejak Julai, 2013. Antaranya adalah 'Cara Mengenalpasti Sesuatu Kebenaran', 'Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang?', 'Menyambung : Istilah Terbuka Saluran Kepada Rahsia Pemikiran Serta Perasaan', 'Hujah Saya Kepada : Perlu Singkirkan Apa, Kenapa Dan Sebagainya, Layan Dan Ikut Sahaja', 'Percaturan Seseorang Dalam Mengenal Watak Orang-orang Lain Menjurus Diri-diri Cemerlang', 'Dilema Hati Terang Akal Gelap Dan Hati Gelap Akal Terang' dan 'Kualiti versus Kuantiti'

Selepas ini, saya akan lebih membuat artikel terkini tentang berita sosial politik budaya di Malaysia yang kemudian dikaji secara fikir dan rasa melalui perjalanan di Akademi Rahsia Agung. Umpamanya kenapa rasuah dapat menurunkan kualiti spiritual anda? Mengapa anda harus membenci rakan sekerja anda? Mengapa kamu begini dan begitu ..? Rahsia agung perniagaan, pertubuhan, institusi yang berjaya?...dan sebagainya.

Pada pandangan saya, berguru itu harus ada guru zahirnya yang masih hidup, oleh kerana guru itu juga mempunyai zahir dan batin. Jika guru itu batin sahaja maka ini andaikata anda tidak lagi makan, minum, tidur, bernafas seperti orang kebanyakan yang lain. Boleh jadi status anda sudah tinggi mengikuti darjat kesufian dan boleh juga anda sudah gila iaitu hilang akalnya dan tidak lagi berkehidupan secara syariat atau mengikuti hukum dunia. Dan anda juga mungkin telah meresap ke dalam kegelapan, ketidaktentuan alam khodam, alam jin tingkat rendah dan sebagainya. Siapa tahu?

Jika artikel-artikel di blog ini dibaca walau berulang-ulang, dari awal hingga akhir untuk dapat memahami isi keilmuan di sini, namun ramai yang mempunyai kesulitan untuk memahami 100% (walaupun mungkin tidak mustahil) disebabkan kurang memahami gaya bahasa dan juga berbezanya dasar fikir dan percaya pada setiap orang itu. Jika benar-benar ingin mendalami maka seharusnya datanglah berguru. Maka walau apapun yang disampaikan di sini hanyalah melalui tulisan, sedangkan banyak lagi alat yang digunakan untuk menyampaikan. Penyampaikan kami adalah berbeza mengikut setiap dasar orang. Kerana itu kami di sini tidak akan mengambil tanggung jawab ke atas segala salah faham, salah maklumat dan apa juga dasar salahnya kerana anda tidak mengikuti dasar pengajian secara berhadapan atau talaqqi. Sistem itu tidak diikuti dan cara tidak benar. Walau ilmu itu benar dan mungkin memang terjadi kesalahan dari sudut penyampaian di situ, maka tetap tidak akan sampai maksud keilmuan itu.

Saya juga sedang menubuhkan sesuatu yang berkaitan dengan modal insan dan ekonomi untuk Malaysia khususnya. Kertas Kerja Fasa 1 saya ini cuba melihat dan mengolah transformasi modal insan yang cemerlang, yakin, bersatu padu dan penyayang melalui sudut akademi, rawatan alternatif, benteng diri dan urut komplimentari lalu diterjemahkan hasilnya dalam pelbagai sektor ekonomi seperti agro, teknologi maklumat, mengekstrak hasil bumi dan sebagainya bagi memperkasa  ekonomi bumiputera khususnya dan seluruh masyarakat amnya ke arah negara Malaysia yang makmur, maju, selamat dan berjaya.

Yang saya bertanyakan lalu ditanyakan adalah seperti berikut ini:

Apakah ISEC sama dengan Islamic Economic (Islamic economics, الاقتصاد الإسلامي) ataukah ISEC merupakan sebuah lembaga/institut/syarikat/etc yang mencuba untuk mengaplikasikan ekonomi Islam? Apakah ISEC dapat mengurus, mengolah, dan mengembangkan amil zakat dalam sistem ekonomi Islam? Sebagai kajian perbandingan tentang Ekonomi dalam Spiritual atau Spiritual dalam Ekonomi?

Jamaah tabligh hingga saat ini walau dikenal sebagai usaha agama, namun kelompok jamaah ini telah mampu menghidupi organisasinya dan merekrut umat Islam dari berbagai negara (dari semua strata masyarakat sosial kaya miskin profesional ataupun bukan). Sistem jemaah tabligh yang digunakan (latihan dakwah atau dikenal dengan istilah khuruj 3 hari, 40 hari hingga 3 bulan) Sistem jemaah ISEC dari Modal Insan dan Ekonomi?

Jika ISEC dimaksudkan sebagai sebuah pusat kajian/pelatihan/training center/seminar/atau sejenisnya, maka: ISEC daripada konsep asalnya di Akademi Rahsia Agung akan menggiatkan curriculum studies pelatihan/training/sebagainya selaras agenda negara, yang akan diaplikasikan kepada para murid/siswa/anggota. Manakala kegiatan ekonomi itu tetap dipercikkan kerana siapalah ISEC jikalau masih menadah tangan meminta sedekah. Sedangkan jika ISEC menjual kayu api yang diambil didalam hutan lalu dijual adalah lebih baik daripada meminta-minta. Namun dalam konteks rangsangan yang sedia ada, jalan itu sudah terbuka sesuai caranya lalu amatlah terpinggir jika tidak sehala-tuju.

Nak berjalan kaki dari rumah saya ke bandar Temerloh…boleh sahaja, mungkin sampai berpeluh-peluh, namun jikalau ada motosikal disediakan apalah salahnya digunakan. InsyaAllah menurut hukum alam saya akan lagi cepat sampai ke destinasi. Mungkin motosikal itu saya buatkan ada gerabak lalu jadi beroda tiga, agar nanti jikalau ada terjumpa pisang, durian dan ikan patin, dapat saya jualkan secara trading di bandar nanti. Kalau ada orang menumpang tidak ada masalah juga. Ada teman berbual menyampaikan agenda, manalah tahu. Saya tumpangkan sampai ke tempat dituju. Saya sebagai pemandu. Bukan dijual penumpang itu dah tentu. Tapi kalau ramai yang mahu mengikuti, maka guna van atau bas adalah terlebih sesuai atau baik pada masa itu. Pokoknya saya mahu ke Temerloh.  Dengan adanya kenderaan itu maka saya bersedia gunakan untuk diri sendiri dan juga untuk umum, namun jika tidak maka saya masih boleh berjalan kaki.

Juga insyaAllah saya masih menggiatkan perjuangan Modal Insan dan Ekonomi…dengan pendekatan saya…mungkin hanya di Akademi Rahsia Agung…mungkin juga dengan perpanjangan di ISEC.



Menuntut Ilmu Tanpa Yuran

Di pondok pengajian ilmu pada masa dahulu, murid berkhidmat kepada tuan guru pondok dengan menjaga ternakan, bercucuk tanam, bertukang, menangkap ikan, membersih kawasan dan sebagainya. Murid membuat sedemikian itu bagi menyatakan kesanggupan, persetujuan dalam menuntut ilmu dengan tuan guru. Istilah menuntut itu ada kerana ilmu itu dituntut. Murid menuntut ilmu untuk dibukakan akal dan hatinya mahu. Guru memberikan ilmu itu kerana ilmu itu layak untuk diberi.

Mahar juga sama maksudnya dengan yuran, caj, fee, pengeras dan sebagainya. Melihat situasi pembelajaran pondok pada zaman dahulu, istilah maharnya lebih kepada system pertukaran atau system barter. Guru memberikan ilmu. Murid pula memberikan khidmat. Istilah wang mungkin tidak dipergunakan pada masa itu, pada keadaan itu kerana matawang masih tidak standard dan meluas digunakan secara global. Namun bila zaman semakin berubah seiring penggunaan matawang yang semakin meluas, system tradisional pertukaran khidmat dan system barter masih lagi digunakan manakala system modenisasi matawang mula mengambil tempat.

Di zaman dahulu, tuan guru ke sana ke sini hanya dengan berjalan kaki, berkereta lembu, berkereta kuda, menaiki sampan dan sebagainya. Air sungai, air perigi dna air hujan sahaja yang mungkin digunakan bagi bekalan air. Bahan api untuk memasak, merebus, membakar, mengukus dan mengoreng selalunya diguna kayu-kayan yang perlu ditebang, dikumpulkan sebelum dibelah dan disimpan di tempat penyimpanan yang khas. Metod perhubungan atau komunikasi pada zaman itu mungkin sahaja masih menggunakan kepulan asap di atas bukit atau menara tinggi, menggunaka paluan gong atau beduk, penghantaran surat melalui burung merpati dan lainnya yang diadaptasi dengan apa sahaja yang ada, yang difikirkan dirasakan wajar pada ketika itu.

Di zaman sekarang yang tentunya meniti arus modenisasi atau permodenan atau moden, tuan guru, guru, cikgu atau seumpamanya tidak lagi memakai kenderaan yang sedemikian rupa. Jika adapun hanya mereka yang berada amat jauh dari modenisasi ditempat yang terpencil atau mereka yang tidak mengikuti arus modenisasi atau di antara keduanya. Kenderaan yang diguna guru sekarang ini boleh sahaja kereta, kapal terbang dan sebagainya. Jika kereta, maka tetap sahaja diperlukan biaya bagi menampung kos cukai jalan, insurans, penyelenggaraan, bayaran bulanan kepada bank dan tentunya bahan pembakar iaitu petrol atau diesel. Nanti mungkin sahaja diguna banyak elektrik bagi mengecas bateri kereta hybrid yang semakin mengganti tempat kereta yang dijana bahanapi dari fosil galian di dalam bumi. Bekalan air sahaja sudah ada pihak yang menguruskan system rawatan air dan perpaipan membekal langsung air terawat ke rumah. Bekalan elektrik juga begitu, bagi pengunaan lampu, kipas, penghawa dingin, ketuhar, peti ais, mesin basuh, computer dan sebagainya. Bil syarikat telekomunikasi untuk panggilan telefon, pesanan ringkas atau sms juga internet sudah pasti.

Ada pula institusi kerajaan, swasta dan antara keduanya. Orang yang mengajar itu dipanggil tuan guru, guru, cikgu, ust, pensyarah, prof dan sebagainya. Soalnya mereka semua menjana pendapatan daripada system pertukaran tadi. Mereka bertugas memberi ilmu, menyampaikan kursus, seminar dan sebagainya dan ditukarkan oleh murid, siswa, pelajar dengan yuran, fee, mahar, caj kepada pondok, akademi, kolej, universiti dan seumpamanya. Mereka diberi gaji, perolehan sebagai tenaga pengajar. Maka inilah sebahagian dasarnya yang menjelaskankan juga merasionalkan kenapa sesuatu keilmuan itu dikenakan yuran, caj, mahar, fee dan sebagainya, baik dahulu baik sekarang ini.

Tidak timbul soal kenapa mereka tidak mengikhlaskan sahaja ilmu itu. Ikhlas itu sebenar-benarnya berkaitan Ketuhanan (hubungan hamba-Tuhan).

Maksudnya apakah mereka patut ajarkan sahaja kepada para pelajar, siswa, murid tanpa dapat imbuhan gaji, pendapatan dan sebagainya kerana begitu sepatutnya system pertukaran itu berlaku? Maka jika itu terjadi, kita tidak namakan ‘win to win situation’ kerana hanya win sebelah pihak sahaja. Ini bermakna orang yang jahil (orang yang tidak tahu) mendapat ilmu di atas pengorbanan orang lain. Guru juga tentunya ada pelbagai kos untuk ditanggung. Inilah yang dibezakan system pertukaran zaman tradisional dan moden ini. Melainkan sekarang ini zaman dahulu. Sukarnya guru menyusun modul menggarap silabus, susahnya guru berjaga siang malam memerhatikan segala skop agar dilaraskan, sulitnya perjalanan bagi terhasilnya sesuatu ilmu itu dengan pendekatan tersendiri. Mementingkan diri sendiri itu juga tentunya tidak akan menguntungkan diri dan orang lain. Dengan lisan kita boleh berkata namun apakah selaras dengan ungkapan di hati, dengan penyerlahan di otak…nanti takut menjadi orang yang bila bercakap dia berbohong.

Jika ada di antara kita yang masih berfikiran sedemikian, maka mungkin telinga kita tersekat dari mendengar sesuatu. Mungkin mata kita terlepas dari melihat sesuatu. Mungkin mulut kita tersekat dari melisankan sesuatu. Mungkin kita perlu lebih membaca atau meng’iqra’ diri sendiri, apakah yang menyebabkan kita bersifat tuli, buta dan bisu sedemikian rupa.

Tangan dan badan juga mungkin belum iqra. Nafas juga mungkin belum. Barangkali belum sampai kepada memerhatikan ungkapan an Nafs yang harus dijalani ke arah ar Ruh yang melewati batas sempadan alam semesta dan alam diri ini. Diperhatikan dengan menjawab soalan Allah iaitu Afala Ta’qilun dan Afala Tu’minun. Sesungguhnya jiwa itu miskin, maka perlu diberi makan agar Kaya. Sesungguhnya jiwa itu anak yatim, maka perlu dimuliakan agar Mulia.

Maka jika sudah melihat pembukaan, kewajaran kepada peningkatan itu, silalah menuntut ilmu, di mana-mana sahaja asal sahaja yang bermanfaat, tidak menyusahkan orang lain dan tidak menyakiti orang lain. Dengan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Silalah lihat artikel yang berkaitan, dalam hal bagaimana mahar, yuran, kos sesuatu ilmu itu ditetapkan di akademi ini. Penetapan itu terhasil melalui Menyambung : Istilah Terbuka Saluran Kepada Rahsia Pemikiran Dan Perasaan.



Percaturan Seseorang Dalam Mengenal Watak Orang-orang Lain Menjurus Diri-diri Cemerlang

Hal di atas timbul setelah saya berbual dengan beberapa orang seterusnya mengamati mereka yang lain di dalam pelbagai bidang, namun mereka juga ibu, bapa, abang, kakak, adik, kawan kepada orang yang lain dalam kategori manusia sebagai kehidupan termasuk juga golongan lain iaitu haiwan, tumbuhan, jin, malaikat. Sesuatu yang bukan kehidupan juga boleh menjadi guru, ini termasuklah batu, bumi, cakerawala. Dark matter (bahan gelap mewakili 90% alam) masih tidak diketahui oleh saintis sehingga kategorinya mungkin terletak di antaranya. Mungkin dihurai lanjut dalam Teori Darwin juga Teori Big Bang, pengamatan segelintir manusia dalam mengenal alam-alam ciptaan Tuhan. IQ bagi saya akan menghala kepada fikiran yang bijak. Manakala EQ akan pergi kepada hati yang berkesedaran tinggi. Digabung keduanya agar menjadi Bijaksana. Dimaksudkan Diri-diri cemerlang adalah biar semua orang cemerlang tanpa status tinggi rendah, kaya miskin, kuat lemah…seperti mungkin kesemua IQ dan EQ sudah bersatu ditahap teratas. Bukan mewujudkan fahaman komunisme namun menghala kepada hanya Satu yang Cemerlang, yang Kuat, yang Kaya…

Berikut mengait sedikit tentang profesion guru, ahli perniagaan dan pengurus. Guru di sini adalah semua orang walau dalam apa profesion sekalipun. Guru tugasnya memberi pengajaran kepada murid. Lalu timbul satu desakan bagi saya rumuskan menjadi satu yang umum, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit manfaat secara langsung mahupun tidak terutama kepada saya juga orang lain. Beberapa kategori sahaja yang disentuh dalam cara melompat-lompat (kerana di dalam al Kitab juga melompat-lompat pautannya) diruangan yang terhad ini. Menjurus kepada pentingnya penggunaan hati dan akal yang maksimum bagi menyatakan Rahmatu lil’alamin. Untuk para guru di dalam pelbagai bidang pula, termasuk ahli politik, ibu bapa, cikgu sekolah, pegawai bank dan lain-lain lagi, amat susah mengendali pelbagai karakter murid, rakan sekerja, orang bawahan atau rakan taulan yang dilanda pelbagai konflik luaran dan dalaman, apatah lagi musuh. Hakikatnya memang sukar mengendali diri mahupun orang lain yang mempunyai kehendak dan keilmuan berbeza. Bahkan para guru juga begitu kerana guru juga manusia. Ramai orang berniaga tapi hakikatnya rugi, kita tidak mahu perniagaan yang rugi akhirnya. Bagi seorang ahli perniagaan, jika tidak kenal watak, keperibadian atau sifat seseorang yang dijadikan rakan kongsi, rakan perniagaan atau sebagai ahli kumpulannya, maka usaha bisnesnya tidak akan lari dari pelbagai masalah. Istilahnya rugi, sakit hati dan tidak akan berdaya maju. Bagi seorang pengurus atau management syarikat swasta mahupun agensi kerajaan, kedai walaupun kecil, bahkan bagi institusi keluarga sekalipun, hal yang sama juga bakal berlaku akibat hanky panky, ketidaktelusan, pecah amanah, penipuan, hasad dengki dan pelbagai lagi baik secara internal mahupun external. Istilahnya suasana tidak condusive (memberangsangkan) mahupun pulangan yang tidak berbaloi dari pelbagai segi. Pokoknya banyak masalah yang merumitkan dan sukar diselesaikan.

Mungkin di ruangan ini hanya kita cuba perkatakan tentang keras dan juga seumpamanya, lembut dan juga seumpamanya dan di antara keduanya. Orang yang bersifat kasar atau keras, maka kalau bertemu keras dan kasar juga, alamat meletup atau musnah. Orang itu begitu ada sebabnya. Jika kita tahu cara menanganinya maka itulah pendekatan yang perlu kita dekati. Orang yang lembut atau pertengahan keras mungkin tidak sukar menanganinya. Orang cakap diplomacy is the best policy. ‘Saiko’ atau ‘Physchology’ lah katakan. Tetapi jika kita lihat pendekatan ulama muktabar, orang kerohanian besar malah kepada Rasulullah sendiri adalah melalui pendekatan berbicara, berbual atau bersembang. Namun suasana itu perlu dicetus. Kerana orang yang bercakap dan orang yang mendengar perlu ada suasana yang tidak menekan, perlu tidak ada batasan dari segi luahan, perlu tembus kepada Kebenaran. Maka pasti ‘outcome’nya menjadi. Marilah kita bercakap dari hati ke hati kata orang dulu-dulu. Tapi saya suka guna cakap dari hati otak ke hati otak. Ungkapan yang amat jarang di dengar tapi cubalah selami dulu, mudah-mudahan terungkap. Mungkin ada persamaan dengan istilah ‘menyambung’ yang saya gunakan.

Kita bincangkan dalam erti kata menolak, segan menerima dan pertengahan. Jika seseorang itu betul menolak, bermakna mungkin sahaja kebenaran itu tidak disampaikan oleh orang yang berkaliber, orang yang tahu cara menyampaikan sesuatu itu. Walau benar namun jika tidak dengan caranya, pasti gagal. Atau mungkin sahaja orang yang menolak itu buta, bisu atau tuli. Tidak mahu melihat kerana Allah. Tidak mahu berkata-kata kerana Allah. Tidak mahu mendengar kerana Allah. Mungkin sahaja orang yang menolak itu sudah jauh sesat. Orang sesat tidak mendapat petunjuk, makanya kebenaran itu tidak berjaya disampaikan. Jika seseorang itu segan menerima, bermakna ada sekatan dari segi mental block atau hambatan di emosinya terhadap Kebenaran itu. Hanya perlu diteliti punca lalu digarap cara yang berkesan dalam menanganinya. Kerana ada orang terikat dengan egonya yang tidak mahu terlihat lebih rendah dari orang lain. Ada orang malu tapi mahu, seolah malu bertanya dan pastinya tidak tahu jalan. Ada orang dipasung oleh sifat bakhilnya yang sememangnya negatif. Wang digunakan untuk hal-hal lain tidak berkira langsung, namun dalam hal meningkatkan kualiti diri yang terbit dari otak dan hati memang sangat berkira. Jika ingkar, bermakna seseorang itu degil, keras dan panas tapi boleh menerima pada masa-masa tertentu, maka perlu ditelusuri jalan agar harmoni, lembut dan dingin sebelum ke tingkatan cemerlang terbilang.

Di sini juga kita cuba gunakan analogi seperti robot, zombie dan binatang ternak. Bukanlah dalam terma menjadikan manusia robot atau zombie(mayat hidup) atau binatang ternak (bal hom adhol yang hanya makan, minum, tidur, bermain dll). Bukan dalam istilah robot yang diprogram sahaja untuk berbuat apa tapi mungkin tidak sebulu atau menjiwai. Robot itu berbuat apa sahaja tanpa mempunyai rasa dan fikiran yang tersendiri, tidak merdeka dan jika adapun masih amat terbatas, tidak dapat menandingi ar Ruh ciptaan Tuhan. Bagaimana mungkin robot boleh mengenal Pencipta robot? Juga bukan dalam istilah zombie yang mana mereka berfizikal sahaja namun emosional dan mentalnya tidak ada (juga dirujuk spiritual). Juga bukan dalam istilah menghasilkan binatang kerana binatang itu berbuat apa sahaja namun tiada akal. Maaf kiranya analogi yang saya gunakan tidak tepat.

Tidak ada orang yang dilahirkan bodoh, tidak ada yang ditakdirkan bodoh. Melainkan memperbodohkan diri sendiri juga orang lain. Maksudnya tidak ke mana-mana. Tujuan tidak sampai. Hanya berlegar di pintu hakikat. Terpesona dengan ghurur (tipu daya) perhiasan dunia juga dari sifat kesyaitanan. Melainkan ada masalah diotaknya dari segi lahir(undeveloped brain cells, induced by other toxigens, triggered by other negative agents etc, masalah jantung yang berkait dengan aliran darah ke otak etc) atau dari segi batin (mental block, sekatan di akal, halangan hati, kongkongan dll). Hanya ada orang yang tidak dibukakan, dicerahkan dan dibersihkan sahaja selain orang yang memang ditakdirkan tidak akan ke mana-mana walau dibuat apa usahapun. Namun Tuhan itu menyatakan KekuasaanNya apabila manusia itu telah berjaya menyelaras apa yang terbit dalam hati dan otaknya dengan Kehendak dan KeilmuanNya. Maka perlu dikenal diri yang penuh rahsia itu dahulu. Selepas itu baru dikenalkan dengan diri-diri lain yang penuh misteri itu. Disebut misteri kerana jangkauan di otak dan hati amat tersembunyi. Sesungguhnya hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Jika tidak kenal karakter, maka berteraburlah, lintang pukanglah, tidak terancanglah, kurang optimumlah urusan, sukarnya mencari jalan tengah, susahnya mencapai kesepakatan akibat ketidakbersatuan tujuan. Maka akan kecewa di penghujungnya. Bukan mengikut cara kita suka, tetapi mengikut cara Allah Suka. Bukan mengikut apa yang kita tahu tetapi mengikut apa yang Allah Tahu. Bukan mengikut apa yang kita mahu tapi mengikut apa yang Allah Mahu. Jadi sebenarnya kita target hatinya agar Emotional Qoutient (EQ) nya tinggi. Jahat hati kena hindarkan sebelum menyerlahkan baik. Tapi Tuhan itu juga yang mencipta syurga mahupun neraka yang berkaitan baik dan jahat. Maka diistilahkan hati yang cemerlang. Juga kita target otaknya maka Intelligent Qoutient (IQ) nya nanti tinggi. Bukan lembap kerana tidak terlatih. Bukan jahil sebab disekat. Tapi cemerlang juga akal hingga dapat menyatakan Rahmat kepada sekalian alam.

Bijaksana itu mungkin datang dari Bijaknya otak dan Sananya hati. Terasa hati biasa, menyentuh akal luar biasa.

2 comments:

Terima kasih di atas komen anda. Kami pasti akan menjawab tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...