Ilmu


Ilmu Hakikat Makrifat 3 Serangkai

Salah satu cabang dari Ilmu Rahsia Agung. Pagar sempadan tanah. Pagar kawasan pagar rumah. Pagar rumah. Pagar kenderaan. Pagar diri atau apapun. Merangkumi hakikat nafas, gerak, meditasi dan lainnya. Mewujud 3 senjata bg benteng. Mereka yang berniat tak bmanfaat kepada anda, di ikuti pendamping tak bermanfaat, ilmu tak bermanfaat akan bertekuk lutut sujud myembah bumi. Akan binasa segala yang memudaratkan. Mereka yang berniat bermanfaat kepada anda, berkhodam bermanfaat, berilmu bermanfaat akan lagi murni zahir batin dan membuka rezeki segenap penjuru. Ijazah akan dibekalkan bersama rahsia rajah putih merah dan lainnya hasil perdalaman sir makrifat guru bagi mencapai perdalaman rahsia diri. Boleh dimanfaatkan kepada diri dan seisi keluarga, hartabenda, bisnes dan apa juga urusan pun. Ini juga memanfaatkan kesihatan, rezeki duit, kasih sayang, penunduk, kesempurnaan diri. Jika terdapat sakit yang sukar sembuh di mana terbukti dengan ilmu medis atau non medis, maka di sinilah solusinya. Telah terbukti dan berteruskan membuktikan. Mahar dan caj (sila tanya) bagi mengganti penyediaan bahan berkaitan, masa, tenaga, khidmat melalui kemampuan guru. Insya Allah diterapi, dibimbing hingga berhasil, mampu. Pemerhatian kepada peningkatan, perubahan positif setiap sesi yang mgkin panjang mungkin singkat sahaja. Terbuka kepada semua, walau siapapun anda. Yang tentunya dgn padi masak emas 10 seperti sedikit dikupas di blog.

Lelaki Didampingi Harimau

Asal Penemuan Ilmu :

Anak saya dah 3 org. Senjata saya yang ke 3 baru-baru ini telah kembali semula ke pangkuan. Saat itu saya sedang mengkaji sangkakala. Sebelum itu terkeluar dari saya tentang Israfil saat mendalami kisah hidup mati alam. Dan sewaktu di alam ghaib, saya memperoleh satu skrol berajah dlm putih merah di suatu tempat kelihatan nyata. Jadi 3 kisah juga. Inilah cara terkini yang saya peroleh dan gunakan dalam keilmuan juga terapi. Nyata ujian pasti datang dengan ilmu. Beberapa murid juga tamu saya tak dapat walau untuk membuka pisau bedah saya dari sarungnya walhal kepada murid-murid dan orang-orang lain lain senang sahaja. Namun setelah itu mereka berjaya buka selepas dimurnikan. Kerana mereka punya khadam menumpang yang tak bermanfaat atau diredhaiNya. Ya mungkin tanpa disedari. Kerana mereka berniat tak lurus. Kerana ilmu juga tak murni. Tapi sebaliknya kepada mereka yang berniat luhur, punyai dampingan yang bermanfaat atau ilmu yang bersifat putih, maka akan lagi mantap dan murni. Ada yang sekembalinya ke rumah jadi lemah longlai dan muntah hitam, namun selepas itu pulih kerana ada kotoran di badan yang tak bmanfaat. Saya hanya minta kepada Allah dan niatkan beberapa perkara yang akan blaku di tempat saya. Dimana asal sahaja masuk ke dalam kawasan rumah, menyentuh barang 3 serangkai saya atau bertentang mata, maka akan terjadi ke 2 hal seperti dinyata tadi. Inilah juga yang telah terbukti dan ingin saya perturunkan. Saya hanya hambaNya. Saya juga manusia. Saya juga diuji dengan test inti oleh beberapa ahli terkenal dlm dunia rawatan dan mereka mencarik adat. Iaitu terjadi hal-hal di luar kebiasaan orang umum kepada mereka. Tapi test inti ilmu sahaja. Dan alhamdulillah tetap terpelihara apa yg Allah telah janjikan. Saya mahu lagi memperluas silaturahim bagi tujuan akhirat dunia.

Kesan Langsung :

Pertama-tamanya ingin saya merujuk kepada telahan beberapa yang walau di dalam bidang rawatan, tapi menyangkal hal-hal yang berbunyi aneh dan sedikit diluar logik seperti penyembuhan langsung dengan zikir-zikir singkat dan asas, tanpa diguna medium lainnya. Jawapan saya senang sahaja, JANGAN BERSANGKA-SANGKA bahkan sampai BERDUSTA ataupun MENFITNAH kerana itu bukan ajaran agama. Bagi yang mahu mengkaji atau memperdalam bakat, izinkan saya kongsi serba sedikit. Sebaiknya dipelajari bagaimana kita boleh menguasai hal-hal itu mengikut jalan yang lurus, ie tidak lain dari ilmu putih dari al Quran as Sunnah. Jika tapak tangan yang menyembuhkan pelbagai masalah tulang atau memperbetul masalah saraf kronik pun sudah bersifat di luar adat, inikan pula ilmu bedah Jibril. Hanya dikupas semampunya yang ada. Sedangkan diluar sana masih ramai yang lagi mampu. Kita semua hamba Tuhan. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Alat-alat zahir saya gunakan hanya tapak tangan dan pisau bagi terapi kebatinan di dalam Ilmu dan Terapi Hakikat Makrifat 3 Serangkai itu. Ya memang kesan langsung terhadap apa juga terapi yang dilakukan, jika menepati syarat-syaratNya. Semuanya dengan izin  Allah. Dia sahaja yang Maha Berkuasa. Apa yang telah dibuktikan dan insyaAllah untuk dibuktikan adalah, mana-mana pasien dan murid dapat melihat perubahan-perubahan positif bahkan sakit menghilang atau hinggakan sembuh, walau dengan seminima 1 sesi yang tak lama tersebut. Contoh seperti yang telah lalu adalah pasien yang sakit di kepala, gigi, perut, dada pinggang, belakang, kaki dan lain-lainnya dengan nama-nama penyakit yang berkaitan. Faktor terpenting adalah hanya DIIKHLASKAN NIAT sebolehnya meminta kepada Allah, sedang membawa hajat. Dan selebihnya di ilham dalam apa juga bentuk mampu kepada ahli terapi, insyaAllah. Seperti contohnya dengan bacaan al Fatihah yang mahsyurnya dapat menghilangkan sakit dan dapat dirasakan perubahan serta merta, bahkan sampai menyembuhkan terus, maka analoginya seperti gabungan urut batin dan pisau bedah yang dapat menterapi apa jua masalah dalam linkungannya. Hal-hal sunatullah yang berlaku dapat juga diterangkan semampunya kepada yang mahu tahu. Namun hanya diperjelas secara berhadapan sahaja. Pada diri kamu, alam semesta dan antara ke2nya terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang percaya lagi berfikir, Tidakkah kamu beriman? Tidakkah kamu berakal? Pertanyaan-pertanyaan dari Allah utk dijawab.

Keperluan :

Untuk pelbagai manfaat seperti diterangkan di 3 ringkasan sebelum ini insyaAllah. Melibatkan gaya tapak tangan dan pisau bedah batin. Murid perlu menyediakan seminima 1 pisau (untuk diguna sendiri nanti terutama dalam rawatan) bagi menyempurnakan ijazah. Allah Maha Mengetahui apa yang nyata mahupun tersembunyi. Mari kita berusaha membuktikan tanpa berteori sahaja.



Ilmu Keturunan

1. Pada kebanyakan orang di dunia ini, bakat atau potensi mereka wujud sejak mereka di dalam kandungan lagi. Pada masa itu telah ditetapkan jodoh, mati, rezeki dan kesemuanya yang merujuk kepada perjalanan mereka di dunia ini. Setiap orang pasti mempunyai profesion masing-masing namun jika tidak serasi dengan bakat sejak asal, maka akibatnya sesuatu yang dikerjakan itu tidak seratus peratus tumpuan beserta minat, maka tentulah hasilnya tidak juga mantap. Di sini, cara kami adalah untuk mengoptimumkan potensi-potensi mereka bermula dengan pekej mereka sejak dahulu dan apa yang ada sekarang, lantas untuk dimanfaatkan ke hadapan.

2. Ini juga adalah ilmu sejarah jalur salasilah atau keturunan yang mana seseorang itu akan lebih memberdayakan generasi sebelumnya yang mempunyai pertalian an nafs (jiwa) yang kuat dengan dirinya. Maksudnya sebenarnya adalah pertalian itu akan dioptimumkan agar segala hasil dapat digunakan untuk diri dan juga kemaslahatan bagi umum, dengan izin Tuhan.

 Buka Jalur Diri

3. Ini bukanlah ilmu berhubung dengan makhluk halus selain dairpada jalur salasilah atau keturunan. Sesuatu yang baik itu diteladani manakala sesuatu yang buruk itu dijauhi. Dengan mengikuti perjalanan di tahap ini, apa sahaja yang bersifat tercela itu akan dibersihkan, disucikan maka barulah meningkat. Dan tentu sekali dalam apa sahaja hajat, keberhasilan itu jauh lebih tinggi.

4. Dari sudut sejarah sebagai contoh, kita mungkin pernah memerhatikan mana-mana anak atau cucu kita yang sikapnya, perangainya, keperibadiannya agak sama atau persis atau saling tidak tumpah dengan mana-mana individu keturunan sebelah ayah atau emak kita. Tapi bukan itu sahaja, bahkan al aqlu (akal) keturunan juga. Sekarang mereka telah meninggal dunia, dah tentu al jasad (jasad) telah ditelan bumi yang ada udara, air dan tanah. Yang binasa hanya jasad sedangkan an nafs (jiwa) itu tetap meneruskan perjalanan dari alam barzakh ke alam dunia ke alam kubur sebelum melalui alam akhirat.

5. Mana boleh arwah leluhur atau jalur salasilah atau keturunan berhubung dengan ahli keluarga generasi berikutnya yang masih hidup? Ini sudah bersalahan malah khurafat, kepercayaan karut atau menyimpang dari ajaran Islam. Mungkin ini yang selalu dicetus mereka yang tidak mengetahui. Tidak tahu itu istilah bagi jahil. Jadi ini mungkin level pertama bagi setiap orang dalam kondisi-kondisi tertentu. Orang yang bodoh itu adalah sudahlah tidak tahu tapi mengaku tahu. Pokoknya tanpa ilmu kita lantas mudah sekali menyalahkan orang lain yang tidak serupa ilmu dan pengalaman dengan kita. Di dalam al Quran juga ada menyuruh kita agar bertanya kepada orang yang tahu, maka insyaAllah kita akan tahu.

6. Dalam keterangan ayat di dalam al Kitab juga ada menyuruh orang agar melihat tanda-tanda kebesaran Allah pada alam semesta, diri sendiri dan antara keduanya. Jadi dengan pembukaan jalur salasilah atau keturunan ini adalah bertujuan yang sama disamping menambah keyakinan kepada Pencipta seluruh alam ini. Mungkin daripada…wahai manusia kepada wahai orang yang beriman juga berakal.

7. Murid akan dibukakan dengan keturunannya sekaligus diberikan latihan untuk memperkuatkan lagi pertalian itu. Antaranya adalah amalan yang serasi dan mukaddimah gerak keturunan yang melambangkan jalur salasilah yang telah diadaptasi bersesuaian dengan jalan yang lurus.

8. Ilmu tahap 2 ini adalah satu cabang ilmu di dalam Ilmu Rahsia Agung namun juga diajarkan secara khusus kepada mereka yang ingin lebih memantapkan apa sahaja hajat, menurut cara salasilah atau keturunan masing-masing.

9. Antara manfaat yang diperoleh adalah :
i) Pengubatan diri dan orang lain
ii)Benteng diri, pertahanan otomatis ataupun tidak, penunduk
iii)Pelarisan diri dan barang
iv) Kerohanian, ketenangan
v) Riadah, relaksasi dan beberapa lainnya



Ilmu Tafakur Agung

1. Ilmu ini sudah bertahap Grand Master, tahap ke 4 iaitu kemuncak di dalam Ilmu Rahsia Agung disamping mengolah Ilmu Tazakur Sejati di tahap ke 3. Untuk mengetahui siapa yang menentukan tahap yang masyur dinamakan seperti Grand Master itu maka bacalah juga seterusnya di 'Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang'.

2. Ilmu ini juga mengupas dari segi lain pula level 2 iaitu Ilmu Keturunan dalam bentuk yang lebih dikenali dengan akal (Ilmu Tafakur Agung) sehingga ianya melengkapi istilah keseimbangan dalam pemahaman kesaktian dan ketuhanan, huraian berpasangan juga. Dipendekkan cerita, tahap 4 adalah kemuncak, merangkumi sekenal-kenalnya dengan alam semesta, diri, antara keduanya dan Tuhan sekalian alam ini, insyaAllah.

3. Kupasan pelbagai hal yang menjurus kepada yang Satu di dalam satu Kesatuan. Istilah Arabnya mungkin berbunyi seperti Syamsiatul Anwar…

4. Rahsia simbol-simbol dari 1 ke 9 diungkapkan beserta kupasan naqli dan aqli.

Kembara Alam Semesta

5. Beberapa kisah ulamak besar, seperti buah fikirnya Al Farabi, Al Ghazali, Ibnu Rusyd dan sebagainya dalam mengupas persoalan-persoalan yang sentiasa diperdebatkan dikaji dibahaskan sejak dahulu hingga sekarang.

6. Penguasaan Ulil Al Bab dan Al Arif seperti termaktub di dalam Al Furqan dan seperti apa sahaja kitab yang diwahyukan kepada Nabi dan Rasulnya...

7. Menjawab skop Sifat, Asma dan Af’al Allah dari segi sunnatullah atau melihat tanda-tanda Kebesaran, Kekuasaan, Keagungan Allah...sebeberapa mampu (dalam konteks apa?) mengupas hal Penciptaan juga Proses Alam.

8. Lima sifat agung akan otomatis berjalan, memperlihat Kebenaran, tanpa disangkal kerana wahyu atau ilham itu tetap diramu oleh fikir dan rasa. Fikir dan mahu sebagai thoriq atau jalan menuju Tuhan, dinamakan 2 Jalan Agung.


Dan insyaAllah pelbagai lagi.



Ilmu Tazakur Sejati

1. Ilmu di tahap 3 ini adalah tanpa menggunakan jalur salasilah atau keturunan lagi. Juga di nama Ilmu Tahap Master yang juga adalah satu cabang di dalam Ilmu Rahsia Agung.

2. Di dalam Ilmu Rahsia Agung, pembukakan dengan jalur salasilah atau keturunan itu sebenarnya merujuk kepada tahap atau level 2 sahaja pada satu segi. Selanjutnya pada peringkat 3 sudah tidak digunapakai lagi kerana tahap ini sudah melewati apa sahaja makhluk yang mempunyai getaran yang bersifat panas mahupun dingin, yang gelap mahupun bercahaya dari bangsa jin mahupun malaikat.

3. Diperkukuh maksud ka fa ra iaitu lawan syakir, maksud neraka lawan syurga, musyrik, munafik sebenarnya di sisi Allah.

4. Mikraj Rasulullah itu zahir dan batin, juga golongan mukmin (orang yakin, percaya, khusyuk, takwa) yang melewati 7 lapisan langit. Dengan kata lain ar Ruh diserlahkan jika asalnya dari an Nafs.

Kaku Seperti Batu

5. Kupasan tujuh zikir agung dari istilah Sama, Basar, Kalam, Hayat, Qudrat, Ilmu dan Iradat Allah. Di level ini digiatkan langkah ke arah penguasaan Iradat, dengan izin Tuhan.

6. Manusia yang paling bijak itu mencari mati sebelum mati. Kupasan jihad yang selalu disalahtafsirkan oleh golongan yang jahil, ekstrimis, fanatik mahupun tradisional.

7. Hakikat menyentuh Qalbi (kalbu) yang sudah sampai, merasakan, tazakur hakikat Allah yang Tidak Serupa Segala Sesuatu, Tidak Dapat Diungkap…dll.

8. Murid dengan izin Tuhan, boleh mengaplikasikan kepada apa jenis hajatpun sepertimana Allah berfirman, mintalah kepadaKu, nescaya aku kabulkan. Selagi bernama manusia itu tidak akan punya Kuasa, hanya Allah sahajalah kita meminta pertolongan dan hanya Allah yang mengatakan Jadi atau Kun.



Ilmu Rahsia Agung (The Great Secret)

Keterangan & Manfaat :

1. Cara mempraktikkannya mudah, dengan bersandar kepada teori yang terang, jelas dan lurus.

2. Tidak terikat masa, jarak, umur, kaum, agama, sesuai untuk semua lapisan, gaya hidup dan profesion.

3. Untuk semua jenis kegunaan, dengan izin Tuhan, membabitkan diri & orang lain terutama :
 a) Rawatan masalah penyakit zahir dan batin
 b) Pengisian dan pembukaan kepada orang dan benda
 c) Pembukaan rezeki agung dari segenap sudut
 d) Induk kecantikan, penampilan wibawa, karismatik, berpengaruh
 e) Ketenangan dan kesihatan diri
  f) Kecemerlangan IQ dan EQ dalam pembelajaran secara formal mahupun tidak
 g) Benteng diri, keluarga dan harta benda
 h) Penunduk binatang buas, musuh secara otomatis
  i) Ibu gerak & jurus bagi keselamatan luar dan dalam, dijangka dan tak dijangka
  j) Kerohanian, kebatinan, ketuhanan, mendekat diri kepada Tuhan dan lainnya…

4. Memurni, menjernih dan memantapkan segala jenis ilmu dalam kategori apa sekalipun. Tidak sesekali mengganggu proses akhir kehidupan.

Kasih Sayang Tuhan

5. Membuka rahsia simbol-simbol, tanda-tanda, misalan baik tersurat mahupun tersirat dari nombor 1 ke 9 meliputi hakikat diri dan alam semesta.

6. Mengenalpasti tahap-tahap keyakinan sekaligus meningkatkan pembawakan merangkumi rahsia 7 pancaindera.

7. Semua keilmuan dan praktikal akan diolah, disampaikan, ditekuni mengikut keperibadian, keserasian setiap individu yang mempunyai dasar, platform yang berbeza. Antaranya adalah Ilmu Keturunan, Ilmu Tazakur Sejati dan Ilmu Tafakur Agung.

8. Untuk pengisian dan pembukaan kelimuan masa yang diperlukan hanya sekitar 1 jam sahaja. Apa rahsianya? Tanyakan nanti kepada guru. Untuk perdalaman ilmu, tempoh diperlukan hanya mungkin sekitar 3-4 hari secara intensif namun bersahaja, di mana anda akan bersama dan diajarkan langsung oleh guru.  Jika masa intensif tersebut membebankan, boleh juga dibuat dalam bentuk setiap hujung minggu sebagai contohnya. Kenyataannya, mana sahaja yang bersesuaian. Kerana kalau kita mahu dengan seribu cara bukan dengan seribu dalih. Lokasi bebas, terserah. Di rumah guru boleh, di tempat anda pun boleh, di hotel pun boleh. Asal sahaja tidak mengganggu proses penerimaan pengajaran dan suasana tempat itu membantu, merangsangkan segala proses. Selepas tamat maka tidaklah bermakna tamat di situ sahaja. Anda boleh berkonsultasi selagi nyawa dikandung badan. Pokoknya ilmu itu sampai boleh sepenuhnya dipraktikkan dalam kehidupan, dalam apa juga situasi anda, dengan izin Tuhan.

9. Segala kemaslahatan, kepincangan juga kelemahan adalah terbit dari insan yang berjiwa yang belum disucikan, dibersihkan manakala segala kebenaran, kesempurnaan dan kekuatan itu dari Tuhan. Guru ini juga hamba Tuhan yang hanya mungkin mempunyai setitis dari lautan ilmunya, namun mahu berjalan menyampaikan, berkongsi walau sepotong huruf bagi mempercayai, mengenal Kekuasaan dan Kehendak termaktub didalam KeilmuanNya.

1 comment:

Terima kasih di atas komen anda. Kami pasti akan menjawab tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...