Kisah

Orang Aneh Di Suatu Gunung Di Langit

Ada 1 orang yang saya kenal di daerah sini. Namanya juga aneh iaitu Siddiq Paninggal. Kisahnya aneh. Bahkan peliknya itu hingga tak nampak keanehannya di mata umum. Kerana dia jarang sekali menceritakan perihal apa yang berlaku pada dirinya. Tapi dia orang yang suka memperhatikan, terutama dirinya dan apa sahaja yang terkandung di alam besar. Di mata umum, dia tak dikenal. Namun hanya kepada beberapa yang rapat dengan dia, akan kenal dirinya. Tapi walau kepada beberapa orang itupun, amat sukar mengenali dia kerana sifatnya menyeluruh. Terkadang di anggap baik, terkadang di anggap jahat, pada umum. Dia kejap marah, kejap lagi sayang. Pada yang sayang, akan mengagumi dan menyayangi dia. Pada yang tidak sayang, bahkan berseteru akan segan bahkan takut kepada dia. Kerana mulutnya masin, lidahnya tajam. Jika ada yang dia tak suka, maka pasti terima akibatnya. Walau tak dengan fizikal, perkataannya membawa suatu keanehan. Hingga yang berniat jahat jadi sakit, jadi jatuh usahanya dari pelbagai asbab musabab. Hingga yang berniat baik lagi terbuka segalanya baik dari segi kesembuhan penyakit, murni apa sahaja. Kerana itu beberapa dekat dengan dia manakala beberapa lagi menjauhi. Terkadang walau dia tak tegur dengan lisan, asal hatinya dan otaknya tercetus sesuatu, maka pasti jadi. Ada yang kelihatan cepat dan beransur-ansur. Tapi jadi seperti yang dicetuskan.


Saya menemukan dia dalam keadaan dia tidak makan, tak minum, tidak tidur, tidak segalanya. Syukur sekali saya dipertemukan Allah dengan orang seperti ini yang tidak bercerai denganNya. Sifat pada dirinya seperti malaikat. Kerana kekuatannya luar biasa. Kekuatan walau hanya bicara. Wah apa lagi jika dikaji alat-alat lain di tubuhnya, fikir saya. Makanya keadaan dia yang penuh mistik itu ada sebabnya. Dengan saya dia membuka perbualan. Aneh dikata orang umum namun alhamdulillah dengan saya sepertinya dia tidak sebegitu, bahkan seperti keluarga, seperti saudara. Namun dengan bekal makanan dan minuman yang saya dibawa, tetap boleh dijamah minumnya. Wah, dia makan minum bercakap juga, telahan saya. Dalam benak saya, jin juga makan minum dan apa sahaja seperti manusia. Namun ciri-ciri pada dia, mana mungkin seperti maqam serendah jin atau binatang. Kerana apa yang terbit dari dirinya mencerminkan diri yang luar biasa. Bagi saya itulah sifat ruh. Bagi saya mana mungkin orang biasa seperti itu. Di pertemuan lainnya saya semakin dekat dengan dia. Kerana tujuan saya hanya satu. Iaitu lebih mengenal dirinya, peribadinya, perasaannya dan daya fikirnya. Agar dapat saya mempelajari mengambil manfaat kepada diri saya. Tujuan saya hanya satu iaitu Allah. Dan jika Allah itu Satu dan cerminNya banyak maka salah satunya mungkin pada orang ini.

Dia membuka cerita yang tak pernah diceritakan, sebelum ini hanya kepada beberapa, itupun kepada hanya yang dia suka. Iaitu akan perihal dirinya. Saya fikir apa dia mahu beri ilmu. Oh cantik ni. Kerana ini yang saya mahu. Lalu saya mendapat tahu.

Kata dia, sejak kecil dia sudah terbuka akan alam ghaib. Alam jin antara maksudnya. Kerana ada hal yang berlaku padanya telah membuatkan dia sampai hanya minta mati walau pada umur beberapa tahun sewaktu kecilnya. Wah sampai minta mati. Ini memang bukan sebarangan telahan saya. Allah uji dia dengan didatangi pelbagai spesis hantu. Polong, pocong, hantu raya, penanggal, pontianak…sebut sahaja apanya semua telah mendatangi dia. Lalu dia ditakuti, ditekan. Hingga dirinya mahu meletus. Namun pasti jika diuji maka ada hasilnya. Hasilnya Allah hantar ayat-ayat berupa macam kepada dia. Hingga dia mengamalkan lalu semua yang mengganggu pergi menjauhi. Bahkan tidak jumpa langsung. Sejak itu dia lagi yakin akan ayat dari Allah. Selanjutnya datang pula spesis mahkluk yang lain. Makhluk tingkat tinggi. Datang wali kepada dia. Datang arwah moyang keturunan dia. Datang malaikat kepada dia. Sejak terbukanya kedua alam itu, pada dirinya sudah terjadi hal-hal luar biasa. Hingga berteman dengan naga putih ghaib. Hingga ular zahirpun tidak lagi mengancam dia, bahkan boleh sama-sama duduk setempat tanpa berlaku apa mudaratpun.

Dia membuka cerita lagi pada pertemuan lainnya. Akan kisah keturunan dia. Ayahnya juga memperlihatkan keanehan. Datuknya juga begitu. Dia tidak belajar banyak dengan mereka katanya, hanya sedikit. Namun anehnya mereka hingga mesra dengan angin hingga dapat terbang. Mesranya dengan air hingga dapat berjalan di atasnya. Mesranya dengan api hingga menjadi dingin. Mesranya dengan intipati tanah hingga unsur tanah tidak dapat menjejaskan mereka. Panjang kisahnya namun hanya dapat saya nukilkan serba sedikit. Saya tergamam. Aneh sekali. Namun seolah dia tahu dibenak dan dihati saya. Dia katakan, tidak ada anehnya. Kerana jasad biasa namun di dalam jasad luar biasa. Di dalam jasad itu ruh. Saya terpaku.

Di lain kesempatan, dia menceritakan buah, pakaiannya. Hehe syukur…, mana tahu suatu hari saya terbuka juga akan hal-hal tersebut. Kerana saya mahu mengenal diri saya juga. Agar dapat saya kenal Tuhan. Dia teruskan, pakaiannya hanya malaikat dan alam. Dan malaikat bukan jin. Maka disuruh saya tukarkan binatang, jin di dalam agar menjadi malaikat. Maka baru malaikat pelihara. Baru alam pelihara. Alam itu ibarat tanah, air, api dan angin. Yang ditubuh maka yang di alam luar sana sama juga. Kata dia, itu juga buahnya para wali, nabi. Saya belum benar mengerti. Kata dia, besi tajam pernah mencecah tubuhnya namun tidak luka. Bahkan dalam kebanyakan hal, apa sahaja unsur besi yang akan memudaratkan akan tertolak dengan sendirinya. Dalam kupasnya, walau dengan gaya bercakap bersahaja kepada saya. Disuruh saya usik, jamah mana-mana bahagian tubuhnya dengan tapak tangan. Seperti ada arus elektrik, tenaga yang bergetar, bergelombang saya rasakan. Kadang terasa panas sekali, kadang terasa dingin sekali. Kata beliau itu spontan. Dan ada banyak versi. Ok cukup buat hari ini, membuatkan saya lagi ingin mengetahui apa versi-versi tersebut. Pandai sekali orang tua ini menyentuh batin saya…bicara dalam diri saya. Di suruh saya agar mohon kepada Allah akan hajat saya.

Di lain pertemuan, dia menjelaskan beberapa hal yang menyebabkan timbulnya versi tenaga tersebut kepada dirinya. Wah, ini saya mahu. Dahsyat sekali. Kurnia Allah kepada dirinya. Katanya saya juga boleh seperti itu, asal sahaja saya mahu. Lalu dia beri tahu. Mahu, hendak itu harus dituju kepada Allah sahaja. Diluruskan niat seperti itu. Urusan versi tenaga urusan Allah. Terduduk saya. Saya telah tersasar dari tujuan. Kerana Allah itu jangan di samakan dengan makhluk. Allah itu tak serupa segala sesuatu.

Dia aneh sekali sewaktu itu. Tangannya, bahkan badannya sedikit menggigil, terketar. Disuruh saya jabat tangannya. Dingin sekali. Kata dia, ini salah satu versi yang utamanya. Setakat yang ditunjukkan Allah kepadanya. Terpelihara dirinya dari apa sahaja yang memudaratkan. Tidak akan ada apa makhluk dapat memberi kesan tidak berfaedah padanya. Wah, dia membuka skop luas. Fikir saya dulu, oh ini orang aneh sahaja, tanpa saya boleh dapat apa-apa. Kerana terbukti dia dapat sesuatu kelebihan dari Allah, dan dia dapat pula membukanya kepada orang lain. Kepada yang dia suka sahaja. Mengikut caranya. Aneh caranya. Tidak dapat dijual beli. Tidak ternilai pada saya. Tidak dapat ditukar ganti. Oh, dia membuka. Bukan memberi tempelan. Bukan semata bicara khadam. Tapi bicara Allah. Mengupas diri dalam.

Kata beliau, dulu sewaktu dia mahu berguru ke satu tempat, terjadi hal aneh. Dadanya dibelah malaikat. Wah, fikir saya ini kisah Nabi. Apa boleh terjadi kepada orang lain seperti dia. Saya masih berfikir. Sepertinya orang tua ini faham akan konflik di hati juga fikiran saya. Dia berkata. Lidah saya ini tak bertapis, maka dikata saya gila, tak ada akal. Hu hu saya ketawa. Dia sambung. Nabi itu dikata gila namun dia tidak gila. Memang orang tua ini berilmu, telah saya di benak otak. Bukan sebarang cakapnya. Dan bukan main-main. Hanya bercerita kenyataan. Kebenaran. Sambung dia lagi, orang umum tak mungkin bertemu malaikat. Apa lagi jika sampai dibelah dada. Maka teringat saya akan hadis Muaz melihat Rasulullah dibelah sucikan jantung hati oleh Jibril. Pada masa itu mungkin sahaja ghaibiah. Mungkin sahaja bukan zahiriahnya begitu. Kerana Muaz terbuka mata batinnya. Hingga melihat makhluk ghaib bernama malaikat. Ya benar sekali kata saya. Tidak ada apa ghaibnya bagi saya. Sambung dia. Pada saya hanya Allah yang Maha Ghaib. Selain itu tak ghaib. Jangan sampai salah menafsirkan ayat, panduan dari kitab. Kerana menafsirkan tetap diguna iman dari hati dan akal dari fikiran. Oh…maka saya lagi bertambah mengerti. Lama saya termenung, khayal. Kerana diberi saya buah fikir. Kerana diberinya buah rasa. Di ajar saya cara pertapaan Islam, yang Sempurna. Di ajar saya berzikir melalui 7 cara.

Ya Allah ya Tuhanku, aku mahu mengenal diriku agar dapat aku mengenal diriMu. Bukakanlah jalanMu yang lurus itu ya Allah. Pandulah aku. Peliharalah aku. Agar dapat aku berjalan sesuai mahuMu. Agar dapat aku teruskan sesuai ilmuMu. Aku minta kepadaMu ya Allah.

1 comment:

  1. AGEN PEMBESAR PENIS, OBAT KUAT TAHAN LAMA, PERANGSANG WANITA, KOSMETIK, DAN ACCESORIES SEX P/W TERLENGKAP...!!
    ◘» obat kuat
    ◘» obat perangsang wanita
    ◘» obat kuat pria
    ◘» obat kuat alami
    ◘» resep obat kuat
    ◘» jual obat kuat
    ◘» ramuan obat kuat
    ◘» obat kuat tradisional
    ◘» obat kuat herbal
    ◘» obat perangsang wanita di apotik
    ◘» obat perangsang wanita
    ◘» alat sex wanita
    ◘» alat vital wanita
    ◘» BONEKA FULL BODY
    ◘» alat sex
    ◘» vibrator sex
    ◘» sextoys
    ◘» obat vimax
    ◘» vimax asli
    ◘» toko solo
    ◘» penghilang tato
    HOTLINE : 081 9016 333 64
    PIN BB : 261E2684

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda. Kami pasti akan menjawab tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...