Tuesday 30 July 2013

Perlu Singkirkan Apa, Kenapa Dan Sebagainya, Layan Dan Ikut Sahaja

Antara sebahagian hujah yang dikemukakan oleh rakan-rakan yang mengatakan mereka benar pada dasar tersebut dan mahu membimbing orang yang mendengar :

1. Perlu disingkirkan persoalan. Iaitu 5W1H where, what, when, which, who and how atau di dalam Bahasa Malaysianya di mana, apa, bila, yang mana, siapa dan bagaimana. Contohnya apalah istimewanya aku yang banyak berbuat dosa, jahat ini sehingga menerima anugerah, dipilih…dan kenapa tidak dipilih orang lain sahaja…dalam maksud menerima ketuhanan iaitu hakikat dan makrifat. Sebabnya kerana ada tugas. Ikut sahaja apa yang Allah perbuat, layan sahaja kerana sudah ketentuan. Nanti takut kita menolak qada dan qadar Allah. Dalam surah at Talaq atau masyhur dinamakan Ayat Seribu Dinar ada memberitahu agar jangan mempertikaikan perancangan

Monday 29 July 2013

Menuntut Ilmu Tanpa Yuran

Di pondok pengajian ilmu pada masa dahulu, murid berkhidmat kepada tuan guru pondok dengan menjaga ternakan, bercucuk tanam, bertukang, menangkap ikan, membersih kawasan dan sebagainya. Murid membuat sedemikian itu bagi menyatakan kesanggupan, persetujuan dalam menuntut ilmu dengan tuan guru. Istilah menuntut itu ada kerana ilmu itu dituntut. Murid menuntut ilmu untuk dibukakan akal dan hatinya mahu. Guru memberikan ilmu itu kerana ilmu itu layak untuk diberi.

Mahar juga sama maksudnya dengan yuran, caj, fee, pengeras dan sebagainya. Melihat situasi pembelajaran pondok pada zaman dahulu, istilah maharnya lebih kepada system pertukaran atau...

Saturday 27 July 2013

Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang?

Alhamdulillah kini diperlihatkan kembali...setelah diperhatikan berkali-kali...bagi tujuan inspirasi kreativiti...

1. Mudah sahaja jika jawapan ringkasnya hanya Allah sahaja yang Maha Segala-galanya. Soalnya Allah itu…Apa Dia? Siapa Dia? Dia di mana? Apa Dia buat? Bila Dia buat? Bagaimana Dia buat? Jawab dahulu pertanyaan Allah seringkasnya di dalam al Quran yang berbunyi Afala Ta’qilun (Apakah Kamu Tidak Berfikir, Tidak Berakal ?) dan Afala Tu’minun (Apakah Kamu Tidak Percaya, Tidak Beriman?) itu jika kita hendak bertanya sesuatu. Periksa dahulu diri kita, apakah kita bertanya dengan an Nafs, apakah kita bertanya di dalam lautan emosi, apakah kita ...

Ilmu Tafakur Agung

1. Ilmu ini sudah bertahap Grand Master, tahap ke 4 iaitu kemuncak di dalam Ilmu Rahsia Agung disamping mengolah Ilmu Tazakur Sejati di tahap ke 3. Untuk mengetahui siapa yang menentukan tahap yang masyur dinamakan seperti Grand Master itu maka bacalah juga seterusnya di 'Siapa Yang Menentukan Tahap Keilmuan Seseorang'.

2. Ilmu ini juga mengupas dari segi lain pula level 2 iaitu Ilmu Keturunan dalam bentuk yang lebih dikenali dengan akal (Ilmu Tafakur Agung) sehingga ianya melengkapi istilah keseimbangan dalam pemahaman kesaktian dan ketuhanan, huraian berpasangan juga. Dipendekkan cerita, tahap 4 adalah kemuncak, merangkumi sekenal-kenalnya dengan alam semesta, diri, antara keduanya dan...

Kembara Alam Semesta

Ilmu Tazakur Sejati

1. Ilmu di tahap 3 ini adalah tanpa menggunakan jalur salasilah atau keturunan lagi. Juga di nama Ilmu Tahap Master yang juga adalah satu cabang di dalam Ilmu Rahsia Agung.

2. Di dalam Ilmu Rahsia Agung, pembukakan dengan jalur salasilah atau keturunan itu sebenarnya merujuk kepada tahap atau level 2 sahaja pada satu segi. Selanjutnya pada peringkat 3 sudah tidak digunapakai lagi kerana tahap ini sudah melewati apa sahaja makhluk yang mempunyai getaran yang bersifat panas mahupun dingin, yang gelap mahupun bercahaya dari bangsa jin mahupun malaikat.

3. Diperkukuhkan maksud...

Kaku Seperti Batu

Friday 26 July 2013

Ilmu Keturunan

1. Pada kebanyakan orang di dunia ini, bakat atau potensi mereka wujud sejak mereka di dalam kandungan lagi. Pada masa itu telah ditetapkan jodoh, mati, rezeki dan kesemuanya yang merujuk kepada perjalanan mereka di dunia ini. Setiap orang pasti mempunyai profesion masing-masing namun jika tidak serasi dengan bakat sejak asal, maka akibatnya sesuatu yang dikerjakan itu tidak seratus peratus tumpuan beserta minat, maka tentulah hasilnya tidak juga mantap. Di sini, cara kami adalah untuk mengoptimumkan potensi-potensi mereka bermula dengan pekej mereka sejak dahulu dan apa yang ada sekarang, lantas untuk dimanfaatkan ke hadapan.

Cari Diri

2. Ini juga adalah ilmu sejarah jalur salasilah atau keturunan yang mana seseorang itu akan lebih...

Wednesday 10 July 2013

Sedikit Tentang Guru

Zaman kecil beliau memang penuh ujian, cabaran dan himpitan. Apa tidaknya beliau selalu kalah dengan ahli keluarga juga rakan-rakan sekolah yang lain dari segi akademik mahupun sukan. Pasti jika tubuh berisi maka diejek dan diperendahkan. Ya ramai sekali melihat orang dengan fizikalnya sahaja, itu telahan beliau dahulu. Tentu jika belajar tidak pandai maka dianggap tidak mempunyai kekuatan akal dan tidak cerdas. Ya bagaimana mahu belajar jika keadaan tidak memberangsangkan. Jiwa peka makanya senang jadi sedih lalu menangis. Tidak begitu jelas jika terdapat keanehan pada diri beliau namun beberapa yang bakal diterang di sini insyaAllah mengungkap gambarannya. Namun sejak berusia beberapa tahun beliau sudah mulai bertanyakan di mana dan siapa Tuhan.

Guru Akademi Rahsia Agung

Latarbelakang Keturunan Guru


Ayah kepada Guru Akademi Rahsia Agung (GARA) adalah Haji Ibrahim, lahir sekitar 1913 di Temerloh, Pahang. Beliau amat disegani ramai. Beliau rapat dengan Tan Sri Yahya yang sewaktu itu Menteri Besar Pahang. Bergiat dalam balak, pertanian juga bisnes. Beliau amat bermasyarakat bahkan hingga memimpin. Hj Ibrahim semasa hayatnya menguasai sehingga 7 qiraat pembacaan Al Quran dan pernah menetap bertahun lamanya di Mekah. Beliau menjadi ketua kampung di sini bersama abangnya yang membuka kampung lain yang juga berdekatan ie kampung Bukit Tingkat. Sewaktu penjajahan Jepun dahulu, beliau terlibat dalam Angkatan Pemuda Insaf (API) selaku Pegawai Pemerintah Kanan berpusat di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Menentang Malayan Union. Bukan kumpulan Bintang Tiga. Gerakannya hanya untuk membebaskan tanahair dari...

Tuan Guru Hj Abdul Rahman

Kaedah Pembelajaran

1. Pembukaan ilmu jalur salasilah melalui ilmu keturunan membawa kepada amalan khusus yang serasi dengan setiap individu

2. Kaedah pembelajaran di adakan dalam suasana relax, memberangsangkan kerana didorong keinginan (Mahu) yang kuat di dalam hati hingga mencetus ilmu (Tahu). Memang oleh kerana dasar setiap orang tidak sama namun dengan izin Tuhan anda akan dapat mengenalpasti tahapan selaras dengan pembuktian itu.

3. Kupasan setiap individu termasuk hal-hal baik dan buruk yang sedang bersangkutan.

 Tuntut Ilmu Sampai Liang Lahad


Ilmu Rahsia Agung

1. Cara mempraktikkannya mudah, dengan bersandar kepada teori yang terang, jelas dan lurus.

2. Tidak terikat masa, jarak, umur, kaum, agama, sesuai untuk semua lapisan, gaya hidup dan profesion.

3. Untuk semua jenis kegunaan, dengan izin Tuhan, membabitkan diri & orang lain terutama :
        a) Rawatan masalah penyakit zahir dan batin
        b) Pengisian dan pembukaan kepada orang dan benda

Love

Tuesday 9 July 2013

Akademi Rahsia Agung (The Great Secret Academy)

Ketemui Rahsia Ulung Fikir Dan Rasa (Discover The Ultimate Secret Of Think And Feel)

Dengan izin Tuhan, kami...

Bukan melatih ke arah kekerasan, kepanasan dan tersisih.

Bukan mendidik ke arah fanatik, taksub dan leka dalam kebodohan.

Bukan di asuh ke arah manusia robot, zombie dan binatang ternak.

Juga bukan mahu menuju orang sakti, dahsyat dan sebagainya, di dalam persepektif ini yang mungkin diistilahkan sebagai orang sombong, takabur, menolak, ingkar, penipu, khianat, melampaui batas dan lain-lain.

Semua kehebatan, keangkuhan, kebesaran itu tidak di cari, di fokus atau dijadi sebagai destinasi...melainkan apa yang terjadi...juga yang di cari...sebenar-benarnya adalah dengan pertolongan, redha dan izin Tuhan, yang tertakluk dalam Keilmuan, Pergerakan, Pendengaran, Penglihatan, Perkataan sesuai Kehendak dan KekuasaanNya semata-mata.

Makhluk yang bersifat hamba itu perlu menuju Tahu lalu mencetus Mahu kemudian berikhtiar meramu lantas Menterjemahkan dengan sepenuh berserah kepada Tuhan Yang Menciptakan...dan lain-lain.

Kami hanyalah mempunyai pengetahuan yang sedikit tapi dengan yang sekelumit itu kami mahu bersama-sama berjuang, membantu dan berkongsi dalam menyerlahkan, menerbitkan lalu mencorakkan setiap individu yang berpotensi ke arah masyarakat harmoni, penyayang, kreatif, inovatif, berkualiti dan lain-lain seterusnya negara yang maju, progresif, kaya, teratur, aman dan lain-lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...